Wednesday, 15 January 2014

happy belated new year! new year, new status :)

assalamualaikum :)

pardon me for that late wish, dah half a month baru sempat nak wish. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, this year energy dia mcm different sket. hee, 2014 comes with a great responsibility.

1. for the ni'mat that im keep on getting from the Most Gracious, i need to be a better slave and caliph of Allah
2. im going to struggle hard as this is (hopefully) going to be my final year
3. mite as well work at the end of the year (insya Allah)
4. is a fiancee to someone dah ;)
5. ada rezeki bertukar status lagi ke this year? ehehe.

endless syukur i longed to Allah for granting me a lot of things that i had never thot ill get myself into. oh i went back to malaysia for the xmas holiday last 20th of december until 5th jan. been busy for the first week for the preparations and praised to Him everything went well walaupun pagi majlis tu i still dengan my mum duk alter baju yang im gonna wear that evening. haha. what an experience. bukak mesin jahit semua lah siap, thank God umi is just good in altering.

i hope u dont mind me spilling a bit about the preparations :) its just one of the best moment that happened in my life and sharing that best moment with all of you is just a pleasure. promise i wont wrote those cheesy meesy words for Mr F. its just about the preparations :)

first of all, sorry for those yang mite feel offended since saya tak mampu nak menjemput ramai orang untuk majlis tu. majlis buat kecil-kecilan je, for families and close friends. insya Allah jodoh panjang umur panjang, surely saya akan panjangkan jemputan untuk semua. doakan eh.

we really put our heart and soul seriously on the preparations adalah pada sebulan terakhir sebelum tarikh nya. sebab tarikh pun duk tukar-tukar since too many things nak diconsider. mana my sister nak orientation lah, my mum dah start sibuk kat skolah baru lah almaklumlah cikgu, and nak consider the suitable date for both families  kan. mula-mula plan 1st jan, then tak jadi. pastu 28th then x jadi lagi then only the final date is set on that 29th. 

hantaran buat sendiri with the helps from my aunties, cousin and saya sendiri buat. well, as for myself tak boleh kata saya buat kot, i more to like menghancurkan. haha. barang hantaran kitorg balik mesia a week before tu lah baru sibuk nak beli then nak adjust itu ini. thank God my aunties dah siapkan half, so balik i just bought few things and put on the ready ones je.

kisah baju, actually i prepared baju kaler very light blue, tempah sendiri design sndr mintak tukang jahit kat jakarta ni tlg jahit. someone yang saya dah biase tempahla. but i dunno, i just got that feeling yang my mum surely takkan agree with the baju tho masa siap tu i send the pic and she said okay, cantik! haha. just imagine, majlis hari ahad, and we went out untuk cari baju ganti is on thursday. punyalah relax, dahla nak cr size sndr susah, berkenan dress, always x cukup panjang T_T last2 nasib baik jumpa satu butik kat semua house, and we got our eyes on dua baju. cant decide which one is better so we bought both! haha. mintak dia alter, nak amik hari sabtu. ahad nak pakai, bijak x?

so hari sabtu tu pegi amik, gile lah org tu alter like seriously fit habis. and i know im not gonna feel comfortable wearing this kind of fit punya baju on that day. cos im the type yang sangatlah suka something yang comfortable. if u noticed, i rarely wear kebaya ke ape, i always prefer that kurung pahang for my raya. then malam tu nak try that baju i dah start grumpy. plus sibuk buat candy buffet sendirinya. can u just imagine. sibuk dia masya Allah.

but i enjoyed! i rasa penat menguruskan majlis sendiri. because we baked cupcakes, do the hantarans, we baked cakes, buying candies. yelah, nak rasa keluar duit, i think i dont really spend that much sbb tak keja lagi duit x banyak, just few rm yang ade je disumbangkan. hee. even the nite before the majlis pun cudnt come out with proper style of tudung and still x suka with the fitness of the baju.

so there u go on that sunday morning, after setting up the candy buffet table, yang asal jadi tu, pastu my mum called me naik atas and ajak alter the baju sbb dia tau anak dia nye muncung bila im not happy with something. haha ;p so dia lah yang duk btolkan the baju sampailah im happy enough to wear it. thank you umi, ure the best! *big love*

berdebar toksah cakap, tangan sejuk gila. haha. teringat masa merisik, first time jumpe mak mr F masa time merisik tu lah. sejuk gila tgn smpai mak dia tanya kenapa sejuk sgt tangan, and im being so polos, relax je jwb "sy gementar makcik" and mak dia ketawa. haha. menda sama lah jd ms bertunang tu :)
 
okay, cukuplah menceceh. maybe some pictures pulak kan. to be honest x banyak sgt gambar tangkap properly, mostly dengan phones and selfie dengan org je. hee. 

on the other note, sincerely from the heart, this is something yang sebenarnya tak pernah saya terfikir would happen this fast. i said yes to the rship last august and who would have thought it'll go this fast but alhamdulillah i do believe that this is the best thing to happen at this moment. thank you Allah, after a heavy rain and some gloomy days (or should i say years?), i finally can start smiling to the rainbow that You gave me. and my biggest hope is that this thing will last till Jannah :)














blend in kan my color with his family? sebenarnya i was shocked jugak to see them with the colors. hihi. but tapelah, dia kata, "baru sweet" ;P

till then. do pray for us. thank you and have a nice day! :)


Thursday, 21 November 2013

ahmad ammar : kematian yang menghidupkan

innalillahiwainnailaihirajiun. al fatihah buat saudara ammar, semoga rohnya tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

have u read about his story? the viral video that is widely spread in the facebook currently entitled [ahmad ammar dalam kenangan : 1993 - 2013]. kalau ada masa terluang, jemputlah tengok. insya Allah banyak ibrah (pengajaran) yang boleh diambil dari situ.

hebatnya ahmad ammar. dia bukanlah seorang sahabat saya yang saya kenal secara personal pun, cuma tahu pun tentang dirinya melalui penulisan2 yang dibuat tentang dirinya setelah dia meninggal. tapi kematian dia membuka mata, membuka hati.

dalam kecewa dan meluat melihat video-video 'cheapskate', cam comel jerrrrrr, video couple itulah ini lah, kisah villa nabila ape lah, tiba-tiba video ni menjadi bualan ramai. mula2 tgk video, "wow, 24minit punya video". ada jugak terdetik rasa malas, tapi mungkin Allah gerakkan hati jugak untuk melihat dan alhamdulillah selama 24minit tu, mcm2 perasaan ada.

gembira. subhanallah, masih ada sosok pemuda yang bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti kemanusiaan, membantu sini sana.

sedih. mengetahui dia pemuda yang hebat itu sudah tiada lagi di dunia.

kagum. lihatlah kematiannya ditangisi oleh ramai orang. bahkan rakyat turki berebut-berebut memegang keranda beliau sebelum beliau dikebumikan.

malu. dia yang jauh lebih muda, dah banyak yang dilakukan sehingga dia berpeluang untuk dimakamkan bersebelahan dan berdekatan dengan makam abu ayub al ansari. aku? what have i done for the ummah?

*tunduk*

tahu siapa abu ayub al ansari? sahabat rasulullah yang antara paling lama jangka hayat hidupnya. mengikuti almost semua perperangan jihad sewaktu Islam sedang cuba meluaskan jajahannya sehingga menguasai 2/3 dunia. zaman di mana sultan muhammad al fateh di saat dia mampu menawan bumi constantinople, beliau mencari makam abu ayub ini. kerana abu ayub minta untuk dikafankan di tembok supaya beliau dapat mendengar derapan tapak kaki kuda tentera yang dipimpin oleh raja yang hebat untuk menawan suatu kawasan yang diriwayatkan oleh Rasulullah. dan dia adalah sultan Al Fateh. dan kawasan yang dimaksudkan itulah tembok di kawasan bumi constantinople atau kita kenal sebagai Istanbul sekarang.

masya Allah. hebatnya ahmad ammar, mampu dimakamkan bersama dengan orang hebat. yang semangat juangnya insya Allah sama seperti sahabat2 nabi yang agung itu.

terima kasih wahai saudara seislam. kematianmu ditangisi ramai manusia. semoga rohmu tenang di sana. semoga kematianmu membuka mata lebih ramai manusia. dan semoga semangatnya mendorong serba sedikit hati ini untuk berjuang menegakkan agama Allah.

lastly, a question for us to ponder as a caliph di bumi Allah ni, what have we done for the ummah? are we just wanna be the ignorant ones? or maybe sekadar orang yang tumpang gembira dan berbangga bila suatu saat Islam dah bangkit? atau nak menjadi orang yang sama-sama bersusah payah menegakkan hak Allah di muka bumi ini?

manusia itu istimewa, jauh lebih istimewa dari makhluk Allah yang lain, lebih istimewa dari para malaikat yang senantiasa bertasbih kepada Allah. kerana apa? kerana manusia diberi peluang untuk memilih. dan pilihan itulah yang menentukan darjat kita di sisi Allah di hari akhir kelak :)

"dan janganlah sekali-sekali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.."
(Al Imran : 169)



nota kaki : muka arwah ammar dalam video itu sebelum dia dikafankan sepenuhnya tu kadang-kadang bermain dalam fikiran ni..

Wednesday, 20 November 2013

talking about marriage


Marriage is a school where u get the certificate before you start.

a school where you will never graduate.
a school without a break or a free period.
a school where no one is allowed to drop out.
a school which you will have to attend every day of your life.
a school where there is no sick leave or holiday.

a school founded by the Almighty:
a) on the foundation of love
b) the walls made of trust
c) the door made of acceptance
d) the windows made of understanding
e) the furniture made of blessings
f) the roof made of faith

Before you forget, you are just a student not the principal. the Almighty is the principal :)

*taken from doc halina's blog*

topik cliche umur 25. "bila nak kahwin?"

i bet ramai dari kita especially the girls, as we reached this age, semua akan start to aware about this matter. about finding a good spouse, saving some money, planning the future with a figure that u find him/her as 'the one'. sampaikan kadang-kadang, pressure from keadaan sekeliling boleh membuatkan seseorang ambil tindakan untuk jump into this marriage thingy without having a deep thot about it.

kahwin bukanlah semata tentang majlisnya. bukan saje tentang baju kahwin yang paling cantik yang suits the trend, bukan semata tentang having the best place to celebrate it with your friends and family. kahwin tu lebih dari tu. i may not the most eligible one to talk about this, but spilling about it a bit might be okay. mungkin apa yang saya pikir, sama dengan apa yang kalian pk. ataupun apa yang saya tak terpikir, kalian terpikir, please, kindly enough to share it with me. im reaching that 25 age, and i think i need to equip myself with such knowledges about this.

memang seronok, being on the track to prepare for the event. macam-macam menda untuk disettlekan. and if u are a shopaholic just like me, this one is totally a bliss. u can buy things without feeling guilty, beli hantaran mestilah kena beli yang best2, itukan hadiah buat seseorang yang bakal jadi peneman hidup. baju kena cantik sebab dari selalu x stand out in a crowd, masa tulah mungkin jadi the only moment where u can be the centre of attraction. caterers shud serve the best food for the guests. entah, semua tu sangat menyeronokkan, tapi hakikatnya perkahwinan itu adalah jauh lebih dari itu.

perkahwinan itu tentang dua hati. dua hati yang sama-sama setuju untuk digabung menjadi satu. bukan untuk 2 hari majlis diadakan, tapi untuk selamanya insya Allah till jannah. persiapan itu yang jauh lebih penting. tapi tak ramai yang putting a deep thot into this. knowledge untuk menjadi seorang isteri, menjadi seorang suami. sifat yang memungkinkan untuk memikul tanggungjawab tu. kursus kahwin mungkin memberi pencerahan, tapi sejauh mana apa yang diperoleh dalam kursus tu diterapkan dan dipraktikkan? jgn jadikan sijil kursus kahwin tu sebagai tiket lepas untuk kahwin je. naya perkahwinan tu nanti.

sebagai contoh, akad nikah yang dilafazkan oleh seorang lelaki. sebaik sahaja dilafazkan akad tu, suami lah yang akan menjadi penanggungjawab semua dosa isteri. yang dahulu dipikul oleh sang ayah dan abang-abangnya (for instance : dosa x menutup aurat). x mudahkan? dosa sendiri pun belum mampu terpikul, tapi kita dah kena pikul dah tanggungjawab dosa orang lain lagi. dan sama jugak untuk seorang perempuan, syurga yang dahulu di bawah tapak kaki ibu, skrg sepenuhnya dibawah tapak kaki suami. baik buruk suami tu, semua kita kena terima sbb kena ingat syurga itu di bawah tapak kakinya. dan insya Allah perkara ni kite mampu nak layari dan terima, bila hati tu dah sama-sama berjanji setia dan sama-sama sepakat untuk melayari bahtera perkahwinan tu sama-sama dengan masing2 aware terhadap tanggungjawab masing-masing.

macam mana?

pertama, dengan mendalami ilmu. dan sebaiknya ilmu agama. saya tak kata ilmu agama je penting, tapi il mu agama tu insya Allah meliputi semuanya. tahu tentang tanggungjawab, tahu tentang hukum nusyuz, zihar dan sbgnya mampu memelihara kita dari ke arah situ. banyakkanlah membaca. selain sibuk meng-spa diri untuk cantikkan fizikal kita buat tatapan si suami, baca lah buku-buku agama untuk mencantikkan rohani :) dan suami pun ada keperluan untuk dia mengetahui tentang bab thaharah, fiqh dan ibadah, untuk dijadikan rujukan oleh isteri bila x tahu.

ilmu lain, mcm psikologi, atau lain2 pun penting. nnt dah ada anak, kan selain cikgu di sekolah, kita sebagai ibu bapa pun antara yang mencorak anak-anak kita. dah mampu ke kite menjadi sabar untuk menjaga anak-anak? dah mampu ke kita nak korbankan macam-macam untuk jaga dan besarkan mereka? having a good knowledge psl psychology mungkin boleh membantu kita untuk lebih memahami pasangan. penting jugak tu ;)

and smlm, my mum and i talked about this. kesediaan untuk saling menerima. i asked my mum, salah ke untuk seorang perempuan jual mahal sebelum dia dinikahkan? and i asked me to answer me by not being bias since im her daughter kan. and she said, x salah. sebab kesanggupan seorang lelaki tu kita boleh dinilai dari situ, untuk tengok sebanyak mana dia sanggup buat untuk kita. dia ada anak lelaki nnt pun, she wud advise his son to give his best in winning over a girl's heart. thats the nature. sebab perempuan, once die dah kahwin, dia kena always menurut to her husband. as long as x bertentangan dengan syariat agama lah kan. but if lets say suami x suka makan durian, kenalah jugak kita x makan durian, at least x dekat rumah yang boleh mengganggu keselesaan dia. walaupun perkara remeh. perkara remeh pun jadi x remeh bila dah hidup berdua, because u always have to find the best way to suit both of your likings.

okay i still dun get to elaborate the point enough yet. about saling menerima ni. about accepting the goods and flaws and at the same time trying to be better for the sake of making ur spouse happy. mcm mana ye. 2 jasad yang berbeza, of courselah mempunyai cara fikir, cara hidup, cara makan atau cara apa saja lah yang berbeza. tak semua yang kita suka dia akan suka, but then bila dah hidup sebumbung, semua tu kite kena compensate, to complement each other. tau pasangan kita ni jenis yang x berapa nak amik endah, sebagai contoh si isteri, maybe boleh amik hati orang-orang yang mungkin terasa hati dengan si suami, by doing something untuk sama-sama menjaga nama dia. at least, kita buat bagi pihak si suami. suami bergaduh dengan mak sendiri, jadi bini jangan jadi batu api malah kita yang kena jadi ais menyejukkan dan mungkin sampai mencairkan diri sendiri. ha mcm cite love you mr arrogant tu. ihihihi. 

dia memerlukan seni. to deal with people, trust me, its an art. memang kadang-kadang kita kena beralah sedikit untuk satu tempoh masa demi kebahagiaan yang berpanjangan.

dan bercakap sebagai seorang perempuan, pengorbanan yang kita sebagai isteri bila kita dah kahwin nanti memang banyak. pengorbanan masa, tenaga, duit mungkin. penat balik keja mcm mana pun, kalo dulu boleh relaks je beli mknn kat luar, tapi dah ade suami, kena lah jugak at least rajin masak untuk dia. wpun simple, tp air tangan isteri tu pengikat hati suami :) and i do believe in that like seriously. tenaga? yelah, kena blaja dah dari awal2, rajin mengemas rumah, membersih itu ini, sebab u cant expect u dpt lelaki yang akan always bantu u with that thing, sebab ade certain lelaki they think by doing the house chores tu mcm menjatuhkan ego dia. percayalah, ade jenis mcm tu. so, sebelum kawin, make sure pandai urus diri dulu dan mungkin keadaan sekeliling tu sebelum think of taking care of another person in your life. 

as for myself, i do think that im lacking in too many things lagi, thus nak kahwin tu maybe belum lagi lah in a short time. ilmu belum cukup, kesabaran belum tinggi, banyak lagi yang perlu diperbaiki selagi ada masa. but looking forward to it dan insya Allah akan sentiasa perbaiki diri ni. seronok tengok orang dah kawin ni, siap ada baby, but i do believe in His plannings, peer pressure dengan orang lain x bawa kebahagiaan pun kalo kawen sbb orang lain kawen. sampai masa, insya Allah ade lah tu rezeki nak kawen.

sorry kalo menceceh tahape hape. tapi i just feel to simply write this things up. marriage is a beautiful thing. congratulations for those who have successfully passed the ups and downs in a marriage, may it lasts till Jannah. and for those who are planning ahead for a marriage, equipped yourself, not just physically, but mentally and spiritually. and i pray for all of you to own a family that is success in every way that it has to be insya Allah :)


:)