Sunday, 4 March 2012

untuk imam solatku :)

assalamualaikum..

sebuah rahsia hati, buat seseorang yang saya sendiri tidak pasti, siapakah gerangan empunya diri :)

ikhlas dari hati, sy merendah diri mengakui, saya bukanlah seseorang yang dapat awak banggakan sekiranya saya dimiliki. saya bukan sempurna, saya banyak cacat celanya, saya terkadang salah berbicara, kasar perilakunya, kadang2 beremosi tak tentu hala. ye, itu saya :)

disebabkan diri saya yang tidak sempurna ini, saya mengharapkan awak, yang mampu membimbing saya agar sentiasa berada di jalanNya. tidak, tidak perlulah awak seunggul Rasulullah, kerana Rasulullah itu sangat tinggi darjatnya, tapi cukup untuk saya jika awak kata, awak mengidolakannya :) sejuk hati saya, tenang jiwa saya.

dan kerana ketidak sempurnaan diri ini juga, saya berjanji, untuk setiap apa kelemahan yang awak miliki, akan saya cuba menerimanya dengan senang hati. apa sahaja yang mungkin kadang-kadang tidak selari dengan keinginan hati ini, akan saya cuba toleransi. saya percaya bahawa setiap pasangan hidup, mereka saling melengkapi, maka tidak mungkin kita akan sama dari semua segi, kadang2 berbeza persepsi, tetapi tak mengapa, insya Allah, untuk semua ini, akan saya terima dengan lapang hati, dan saya harap, seperti mana saya menerima awak, sama lah jua keadaannya dengan awak bila menerima diri ini.

tak tahu bagaimana nak menyusun kata, tapi, sungguhpun luaran saya kelihatan begini, mungkin tidak seanggun muslimah lain, tapi di dalam hati, sy menyimpan hasrat untuk menjadi seorang yang lebih baik dari apa yang saya jadi sekarang. didiklah saya supaya saya mencintaiNya lebih dari segalanya, agar dengan kecintaan saya padaNya akan membuatkan saya menjadi patuh kepada awak, dan insya Allah membahagiakan awak.

saya tak mampu menjanjikan yang saya akan sentiasa menjadi yang terbaik. sampai di suatu waktu, saya mungkin tidak lagi cantik seperti saya di waktu muda, emosi saya yang mungkin kadang2 menggila, kadang-kadang lalai menjalankan tanggungjawab, dan mungkin kita diuji dengan bermacam dugaan, pekerjaan, cahaya mata mungkin atau apa sahaja, saya harap awak sabar melayan karenah saya. saya mungkin melakukan sesuatu yang di luar batasan, dan saya berharap sangat, awak sabar dan bimbinglah saya kembali ke jalan yang betul. jangan tinggalkan saya untuk menghukum saya di atas kesalahan itu, tetapi nasihatilah saya, saya mungkin degil, tapi hati saya tidak sebegitu, sentuhlah hati saya dengan kata-kata yang baik, dan janganlah awak caci atau maki saya.

saya tak perlukan janji semanis madu, harapan setinggi langit, sebab saya takut, semua itu akan membuatkan saya sakit sekiranya semuanya tak tertunai. tak mengapa kalau bukan kereta dihantar sebagai hantaran, bukan berbelas ribu yang awak hadiahkan, cukup hanya satu, kesetiaan. jagalah hati awak hanya untuk saya, dan saya juga akan berbuat begitu.

wahai imam solatku,
bukan emas permata yang saya mahukan, bukan kereta mewah mahupun rumah banglo yang saya minta awak pertaruhkan, cukuplah di saat saya lemah, awak ada sebagai kekuatan. cukuplah di saat sy diuji, awak mengingatkan saya tentang adanya Ilahi. cukuplah di saat saya leka, awak tarik saya kembali ke alam nyata. yang mampu saya jadikan rujukan untuk setiap masalah, yang mampu mengimami solat saya dan anak-anak saya kelak. tidak, tidak perlu menjadi imam di masjid besar, cukup hanya menjadi imam di masjid yang kita sama2 bina :)

dan yang paling penting, walau telah terlihat jelas keburukan saya, awak masih mampu tersenyum, dan berkata di dalam hati " dia terlupa, dan itu tugas aku untuk membimbingnya " di saat saya buruk, saya harap awak mampu kenang sedikit baik yang pernah saya buat, agar ia dapat menjernihkan kembali hati awak yg mungkin kecewa. kerana begitulah saya. kekecewaan itu pasti, tapi kesabaran itu kunci. berulang kali saya ingatkan, saya tak sempurna, dan saya mencari kesempurnaan ini di dalam hidup kita bersama.

mulut saya mungkin laju, mungkin kasar, tapi alhamdulillah sepanjang yang sy nilai diri saya, saya bukanlah seorang yang ego untuk meminta maaf, dan saya terima segala teguran, sebab saya sedar, saya manusia biasa yang x pernah lepas dari berbuat kesalahan. maka awak, terimalah saya seadanya, dan insya Allah, saya ada kesetiaan yang tidak akan berbelah bahagi untuk awak, sehingga ke akhir usia saya, awak, akan saya bahagiakan :)

wahai imam solatku, tidak saya tahu siapa awak, tapi ketahuilah, serba sedikit saya sdg mempersiapkan diri, untuk menjadi yang terbaik buat awak. akan saya limpahkan cinta saya terhadapNya sebanyaknya, agar melalui Dia jugalah awak akan menemui saya :)

salam buat kamu, semoga berbahagia selalu..

ikhlas,
bakal makmum mu :)

No comments: