Tuesday, 29 May 2012

a long hiatus


assalamualaikum :)

im back, setelah lama gila diam. hihi. tuh pun after kena tegur ngan my friend. baca lah yang semalam saya membebel kat twitter tuh :P so the terms turn over a new leaf ni, mmg betul2 kena lah kan dengan gaya peng-update-an saya kat blog ni, ye dak? hee!

tataulah, bukan tade ape nak cite, banyak actually. it is just that, i just enjoyed drafting them just on my mind, and then let them blew away. im no longer good in expressing it with writings. cam hampeh gila. or maybe now, despite of sharing almost everything, now, i just prefer to just keep it to myself. senang. no one misjudge, no one can say anything.

or maybe jugak, dulu time2 yang dispend utk tulis blog, sume dah diberikan pada tv. asyik duk tengok tv jeeeeee skang ni, blaja malash! :P

lagi few days je, my first cycle periodontics and pedodontics dah abis. so after this, bye2 kanak2, bye jugak scaling. masuk cycle baru, cycle cabut gigi org dewasa and oral medicine. buat medical records. or to be spesific, dental records. huwaa, x larat dah, skang ni letih, tataulah memang nasib ke ape, asyik dapat patient yang calculus score die 3 je. yang gigi tuh dah xnampak gigi dah, semua tutup dengan karang gigi or bahasa kasar dia, taik gigi yang mengeras -___- tataulah, cane lah dorg jaga oral hygiene dorg ni, sampaikan ade my patient yang seminggu sekali pun belum tentu dia gosok gigi.

but cycle ni sangat banyak pengalaman yang saya dapat. especially cane nak control kesabaran, nak tenangkan hati sendiri, belajar menerima and everything. mcm contoh, for 3 weeks, saya pegi clinic at 630am hari2 sebab nak kejar sorg lecturer ni nak discussion ngan die. tho dah berjanji the day before, to come at 630am, then bile dtg 630am, dengan rileks nye die berkata, oh saya taknak discuss today, saya penat. or takpun, u pending everything, tak amik patient scaling utk penuhkan requirement just because takot tiba2 dia panggil and u arent available, but tunggu dari 630 pagi sampai 1100 pagi, alih2 dia rileks je ckp, okay x jadilah discuss. masya Allah. sangat mencabar.

lain plak case bila dengan patient kanak2. alhamdulillah, patients sy utk cycle pedo this time, tho x lah terlalu senang, but saya bersyukur, dorg somehow agak cooperative. tho ade lah jugak yang kadang2 xnak bukak mulutlah, nak main2 dulu lah, tengah2 wat keja tiba2 tertidur. hee. comel! and mcm biasalah, wat status, tapi nak kejar lecturer nak discussion tuh masya Allah. tuh belum dengan nak wat outline nak preparation gigi tuh. i just need to improve my skills nak tampal2 gigi budak ni. betul, tuh just gigi susu je, but somehow kena jugak buat elok2 kan, nnt dah keja, people pay for the treatment kot.

so next week, bermulalah cycle baru. what im afraid the most is, my strength nak cabut gigi org ni. haha laratkah daku? :P please please liyana, kena kuat. bagus gak selera makan meningkat melampau2 ni, badan berisi, kuat sket lah hopefully. hihi. then kena improve communications skills jugak. have to!

i have my last thing to settle, root planing this friday, and im hoping sangat2 patient ni dapat datang, so that im settled and tak kena perpanjangan ke ape. permudahkanlah ya Allah. taknak perpanjangan, sebab nanti makin lambat grad. tape2, positive thinking, insya Allah patient tuh datang and Allah bantu nanti :)

on another note, terima kasih ya Rabb, di kala hati ni gundah, Kau datangkan mcm2 dugaan lain yang lebih mencabar supaya saya lebih kuat untuk menghadapi segalanya :)

and have u heard about the Syria thingy? yang psl penyembelihan tuh? ya Allah, it wrenches my heart sangat2, semoga Allah melindungi mereka semua dan semoga penyeksaan itu berakhir. sedih tgk muka2 anak2 yang comel2, kena sembelih hidup2, kenapalah manusia makin berhati binatang sekarang? dunia dah tak lama dah, tolonglah jangan jadi kejam macam ni, nanti tak sempat nak bertaubat mcm mana?

owh banyak dah ramble, nak cite lagi, tapi nntlah, dah mcm running out of words. senang cite, now, im enjoying my life, trying to fit in with everything and get rid of things that are unnecessary. yeap, because somehow saya perasan, those things that i cant change are changing me bits by bits. and i hope those changes are bringing me to the right path.

just a fair reminder, untuk setiap apa yang kita lakukan, buatlah sehabis baik, dan always niatkan semuanya kerana Allah. sebab apa yang terjadi, semuanya atas kehendak Allah. so that bila apa yang kita plan, xjadi, maka kita akan lebih redha. apa yang dah terjadi yang kita dah x mampu ubah, jgnlah marah2, janganlah terlampau bengang sakit hati atau ape, terima, senyum dan muhasabah :)


hee, try a new style tudung utk malam kami anak malaysia ahad lepas.
pakai with sort of mcm pin earings. tho sebenarnya modify2 sendiri pin tuh.
so, this one style yang dah lama ive been eye-ing on to try, done! :D


so take care, assalamualaikum :)

Tuesday, 15 May 2012

ujian itu rahmat Allah :)


Alif lam mim
Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
(surah al Ankabut : ayat 1-3)

ujian? :)

manusia mana yang x pernah lepas dari ujian? tiada. dalam ayat diatas pun, dah jelas menunjukkan, takkan semudah itu seseorang itu dapat mengaku dia beriman tanpa ada sebarang ujian pun yang diberikan kepadanya. takkan semudah itu title beriman itu dapat kita hold, kerana iman bukanlah sesuatu yang dapat diwarisi, tetapi sesuatu yang perlu kita usaha sendiri.

dan ujian Allah itu, takkan pernah melebihi tahap kemampuan seseorang itu. dan rasanya semua sudah tahu,    ayat yang sering diberikan kepada kita setiap kali kita diuji dan mengeluh, bahawasanya, "Allah tidak akan membebani seseorang itu sesuai dengan kesanggupannya"

:)

tipulah if saya kata saya tak pernah mengeluh. selalu. banyak kali. tak terkira. lumrah hati manusia itu lemah. iman yang selalu turun naik tuh, kadang-kadang membuatkan pegangan kita terkadang goyah. astaghfirullah. dan selalunya Allah akan menguji kita, dengan sesuatu yang paling kita lemah. apa yang paling kita takuti, paling kite peduli, yang itulah yang selalunya Allah akan uji.

rasionalnya? kerana Allah itu Maha Penyayang, Dia uji sesuatu yang paling kita lemah, supaya jika ada ujian lain yang mendatang, kita akan kuat untuk menghadapinya, kerana kita telah diuji pada weakest point kita yet still we survive.

tak tahulah, cara kita handle ujian mungkin berbeza-beza. ada yang hebat in hiding it and enduring it, tapi ada juga yang tak. mcm skrg, saya rasa sangat-sangat diuji, dan kesabaran itu seolah-olah seperti diperah2 sampai satu tahap, rasa mcm dah terlampau kering sabar tuh. tapi Alhamdulillah, sesakit mana pun ujian Allah itu, x pernah lagi saya sampai terfikir perkara yang bukan2. paling2 menangis sehari semalam, sampai puas, sampai dah rasa letih dah nak menangis, nak kuarkan air mata pun dah tade.

Allah tahu, hati saya lemah. my weakest point is pada orang-orang yang saya sayang. umi abah, siblings, kawan-kawan dan juga kawan istimewa. ya, dan kat situlah Allah selalu uji saya. bersilih ganti ujian Allah kasi yang melibatkan orang-orang ini, yang kadang-kadang membuatkan sampai saya selalu termenung sendiri. ujian dengan keluarga? siapa yang rapat, tentu tahu :) ujian dengan kawan-kawan? sudah tentu! ujian dengan kekasih hati? sampai skrg masih berdarah lagi.

betul tak tipu, kadang-kadang sampai rasa, memang tak pernah sunyi ujian Allah dengan mereka-mereka ni. dan sampailah satu hari, saya duduk sorang2, sbb masa tuh hati rasa sayu sangat. sampai terdetik kat hati, ya Allah, kenapa dengan mereka ini Kau uji aku ya Allah, dah x mampu dah aku untuk menghadapinya. astaghfirullah. lepas tuh terdetiklah kata hati ni, mungkin petunjuk yang Allah beri "memang sengaja Allah uji dekat sini mungkin, dan ujian tuh datang silih berganti, sebab Allah nak hati aku kuat, dan kenapa sampai tak berhenti-henti, mungkin sebab Allah nak aku semakin bijak dalam handle perasaan aku sendiri bila berdepan dengan perkara yang sama berulang kali"

ya! itu rasionalnya yang saya dapat. dan yang saya pegang sampai sekarang.

Allah uji sebab Allah sayang. Allah tarik sesuatu tuh kadang-kadang, mungkin sebab Allah nampak kita semakin hanyut jauh dari-Nya, makanya Allah tarik lagi tali yang ada pada kita, agar kita kembali dekat denganNya. mungkin saya terlalu bergantung kepada yang tersayang, sampai Allah bawakan jauh yang tersayang itu, sebab Allah nak saya mengadu pada Dia, cari Dia dahulu sebelum orang lain. dan ya, skrg, perihal hati perasaan, semuanya saya adukan padaNya. biarlah menangis, merintih, teresak-esak sebab mengadu, sebab sekurang-kurangnya saya tahu, saya mengadu pada yang Maha Berkuasa, yang mampu membolak-balikkan hati dengan sekelip mata.

hikmah untuk setiap perkara memang ada. dan selalunya kita memang nampak. cuma kita nak amik dia sebagai hikmah dan cuba berfikir pada sudut pandang yang positif, atau masih nak menuding jari. ah liyana, cakap je lebih. maybe ade orang yang ckp mcm tuh, tapi Allah tahu, pelan-pelan saya cuba dengan sebaiknya untuk menerima, sakitnya macam mana, Allah tahu. cukuplah hanya Dia yang sebenar-benarnya tahu. 

entahla, tak tahu kenapa tetibe rasa nak menulis tentang perkara ni. mungkin 2 3 hari kebelakang, hati saya kembali lemah, kembali terusik. dan mungkin perlu saya luahkan, dalam pada saya cuba nak menerangkan hikmah ujian, dalam masa yang sama, saya damaikan hati saya sendiri. kalau yang Allah tarik jauh itu membuatkan saya dekat denganNya, tak mengapalah, saya redha. yang jauh tuh, ya Allah, berikanlah dia kebahagiaan, kejayaan untuk sepanjang hidupnya :)

jangan selalu bandingkan ujian yang kita dapat dengan orang yang nasibnya lebih baik, nanti kita cenderung mengeluh yang melampau2, nanti fail kita dalam ujian Iman Allah. tapi pandanglah orang yang jauh lebih bawah, supaya kita bersyukur, mana tahu tertopup iman kita. kan?

menulis untuk tatapan orang, tapi sebenarnya lebih untuk hati yang menulis, hati yang sebenarnya merintih-rintih. ujian banyak sangat. pelajaran, klinik, hati, mcm2. ya Allah, bantulah aku menyeimbangkan segala-galanya. tunjukkan aku jalan, tenangkanlah aku ya Rahman. 



telah aku lepaskan segalanya ya Allah, walaupun jauh disudut hati aku sayang, dan tuntunlah hati ini agar dekat denganMu, dan aku yakin, kau lebih tahu apa yang terbaik buatku. peganglah hatiku ya Allah, agar tak jauh dia lemas dalam kesedihan, tapi bahagia dalam mencari keredhaanMu.

hati saya hati yang lemah, tapi saya tahu saya ada Allah, yang Maha Pemurah, mana mungkin Dia biarkan saya sendiri meniti ujiannya sehingga lelah, tanpa dia sediakan satu janji yang saya tahu, pasti akan indah :)

just sharing


:)

Sunday, 13 May 2012

happy mother's day :)



y : umi, yana rasa yana ni buruklah. cane eh?
u : eh mana ade buruk, kalau buruk bukan anak umi, sbb umi cantik
.......

y : umi, nape idung yana mcm idung abah eh? tak best betul lah
u : itulah, rugi betul anak2 umi, sorg pun x ikut idung umi, mcm arab!
.......

y : umi, kadang2 kan, yana teringin nak pakai style2, bergaya2, pakai belt beso ke ape. tapi x yakin. rasa mcm klaka je kalo yana pakai, org lain pakai nampak lawa.
u : hish, cuba jelah. korg sume muda lagi. umi sampai skrg bergaya. apelah korang ni.
......

yea, thats my mum :P but at the end of the day, this is what she gonna say to me..

u : regardless what u feel about yourself, no matter how much u are unsatifsfy with what u have, ingat kakak, its all from Allah. and no matter how bad u look like, how terrible u feel u are, just so you know, im proud to have you as my daughter. the same goes to your other siblings. for me and abah, all of you are just simply perfect for us :)

thats my mum. my family maybe bukan jenis yang really show penyayang and whatsoever, but we know within ourselves that we both love each other. nothing in this world can replace her. ya Allah, di hari ibu ini, aku menadah tangan padaMu, Kau lindungilah umiku, berkatilah hidupnya, rahmatilah dia. berikanlah dia kelapangan hati, kebahagiaan di dunia dan akhirat. jadikanlah aku anak yang solehah, agar aku dapat membahagiakannya, sebagaimana dia telah menjagaku, sebagaimana die selalu ada untukku, Kau peliharakanlah aku agar aku akan selalu ada untuknya. amin :)

happy mother's day puan norsiah farwani!
and hey siblings, u guys memang terbaik bagi hadiah tuh untuk umi. yes our mum deserve that oscar award for the greatest mum nomination! hee! love you umi, always :)

Tuesday, 8 May 2012

thank god for this one beautiful friend of mine :)



i was sitting in front of the tv, bila tuan rumah saya datang ketuk pintu.
i thot die nak bagi resit bayar duit sewa rumah, but alih2, die bagi surat.
and it was named after me.

aish, pelik. but looking at the envelope, mcm someone give me card.
waaaaaa, dah sonok dah!
then terus nak unseal. and cm x sabar sgt to know who is the sender, saya check stamp dia.
oh myyyyy, dari deutschland! from german okay!

then i straight away know sape dia punya sender and lagi semangat nak bukak :D

ya Allah,
thank you so much for blessing me with this one beautiful lady in my life,
true that, masa sekolah, kitorg tak berapa nak rapat, but adelah tegur2, especially sbb both of us ketua dorm masa tuh,
having her is such a bliss,
her endless supports, advices, companions,
all are priceless!
for she always being there to hear me, to comfort me,
what else should i wish when i already have the perfect one :)

dear belle, thanks alot for the card,
yana appreciate sangat, dari jauh2 susah2 hantar,
but the card really made my day,
and the words pun,
sebak yana baca,
but seriously,
thank you for you never leave me,
and insya Allah,
semoga persahabatan kekal selamanya. amin :)



and thats my belle in pink kurung :)
love you girlfriend! hee!

Sunday, 6 May 2012

love them!



suka gambar ni! nampak sangat happy :)
is waiting for the pictures from midie's cam.
insya Allah malam ni dapat, then boleh upload! hee

have a pleasant sunday everyone, im going to mafest very soon!
hopefully dpt stuffed tummy dengan lots of delicious food!

Saturday, 5 May 2012

malaysian's event in Jakarta :)



well, esok ade one of our biggest event as student malaysia kat Jakarta. ade malaysian festival. hee. ade sort of pasar malam, catering all the malaysian food. hee! so saya yang dah lama mengidam, nasi kerabu, keropok lekor ape sume, insya Allah, esok boleh la lunas mengidam ni! yayyy!

so calling everyone in Jakarta, or sapa2 yang dekat area Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, yang agak2 free, datangla :) other than foods, ade jugak persembahan and mcm2. last year, my housemates and I bukak gerai jual roti jala, letey weyyyy! dekat situ gak kitorg menebar roti jala, sampai x sempatlah nak pegi merasa gerai lain. so this year, kami nak jadi pembeli dengan hebatnya! mehehe!

i was super excited, seriously. and here, ade one of malaysian student kat sini, syam kamarul, and hey actually die penyanyi youtube yang agak dikenali jugak, ade duet2 dengan najwa latiff ape sume. boleh cari channel die kat youtube, search syamkamarul. suara die sedap :) so die ade compose one song ni just for malaysian festival ni. sangat best. jemputlah dengar :)



kalau free, mehla datang. tak datang rugi :P

Friday, 4 May 2012

macam-macam karenah :D

assalamualaikum :)

kalo semalam, time ni saya dah selamat tdo dah. tataulah, sejak2 masuk clinic, hilang dah konon zaman remaja. ye ah, tak remaja lah kan tido awal :P but skrg, 930malam je, kepala dah tingtong. hee.

clinical life is very tiring, yet exciting. kenapa? entah, maybe sbb i met different kind of people, with different attitude and stories. kelakar pun ade. and guess, this time mcm nak share bits of it.

1. sekarang, kepala tengah berserabut sgt, first cycle dah mcm dekat nak habis, yet banyak lagi requirements belum selesai. haihh. dengan jenuh nak cari patient yang fulfill the requirements nye, masya Allah, dugaan sangat okay! duit mengalir mcm air, sehari satu patient can habis about 100k, convert to ringgit about rm40. just for one patient, utk satu hari! and biasanya die akan dtg berhari2 utk follow up T_T sebab tade masa sangat, terpaksa lah guna khidmat ejen ni, tho die xlah memang betul2 arif in this field, but at least boleh lah mcm nak mintak die bawak patients, especially untuk budak2. and yes, again u bayar dia! dahla ibu ipah ni, aihh, ckp putar belit, org tanya lain jawab lain, pastu mintak duit. sini 100k tuh, wpun sebenarnya value die rm40, but if u stay in jakarta, 100k tuh mcm 100ringgit. so terasa sangat duit mengalir2. tapi demi requirements, pejam kan je lah mata.

2. patient 1st, ade sorg pakcik ni. nak jadikan die patient utk case perio, sebab dia ade gingivitis and periodontitis. sort of cm inflammation lah pada gusi dia. so masa duk wat anamnesis kat dia, smbil tuhd dengar la die bercerita. hee. dia cakap die pernah mati okay! haha. umur die around 50+ kot. he said, die pernah ade mcm tumor taw kat bawah dagu, besar sgt and isi die nanah. so gara2 tuh die penah mati, dah penah dikuburkan dah pun. siap cakap kat saya and mastura masa tuh, die ade surat mati tuh. tapi alhamdulillah dia ckp, dia hidup balik and pegi jumpa balik doctor yang rawat dia, and doc tuh terkejut sgt tgk dia hidup balik and in fact, dah tade dah tumor tuh. hihihi. tataulah nak percaya ke x. tapi logically, come on lah, mana ade org mati hidup balik ye dak? :P pastu siap kata, die ni unik, sbb dia ade gigi tumbuh lagi at the age of 40+. hee. theoretically, mana ade, last tumbuh gigi around 28 lah plg lambat pun, die ckp gigi kekal die patah, ganti lagi dengan gigi susu balik. aduilah pakcik, mcm2 ha ;p

3. lain plak case kalau untuk patient budak2. yang kadang-kadang buat saya sedih :( kan kitorg mintak ejen carikkan patient budak2, so mcm sort of budak2 ni dijadikan bahan dagangan oleh parents diorang. sbb diorang mostly org susah taw. sbb yelah, they knew, kalo once budak2 tuh dtg utk kitorg rawat, kitorg kena bagi duit. at least around 20,ooo rupiah. and mak ayah usually akan sgt happy. mcm ade sorg patient saya ni, mak dia sanggup suh die ponteng sekolah for few times, sbb mak dia nak dia pegi dtg diberi treatment, semata2 dia tau nnt anak dia balik akan bawa duit. sedey kan? anak dijadikan bahan dagangan :( but yea, apa boleh buat kan? maybe iu cara dorg fikir dorg boleh dapatkan duit, plus anak dorg gigi jadi elok kot, kena tampal, perawatan free, siap dapat duit lagi ha. tuh belum duit makan lagi. kadang2 letey, cm aihh, takkan lah sume nak dibayar, tapi dah perlu, maka sebaiknya pujuk jugakla hati ni, ikhlaskan. kesian jugak, just imagine, sampai ada mak patient kwn saya, mintak my friend ni bagi dia duit barang dapur sebab amik anak dia utk dirawat. huu.

4. nak bagi treatment kat budak2, alahai, sangatlah menguji ksbrn. tapi fahamlah, sedangkan org dewasa pun takot jumpa dentist, inikan plak budak2. hihi :D dengar bunyi handpiece takut, nampak alat untuk cabut tuh takut. last week first time saya cabut gigi budak, alhamdulillah, budak tuh baik sangat and x menangis. but last thursday, terpaksa agak sedikit berkeras dengan patient saya. sbb gigi die dah goyang sangat, plus yelah, patient dah bayarkan, kalo boleh nak lah dpt something from dia. dia mcm xnak dicabut gigi dia, pujuk gak mula2, pujuk gila2 kot. last2 masa nak cabut tuh, die mcm menjerit taw, tapi saya tahan je tangan die and cepat2 tarik gigi tuh, alhamdulillah settle. dia nampak agak mrh la, sorry ye asri, akak terpaksa :( tapi asri dah besar kot, budak kecik pun tak nangis. hee :P

5. untuk patient scaling plak, tataulah ape nasib saya, asyik dpt patient lelaki je. banyak kali plak tuh. and fahamlah, kdg2 position saya duduk, kdg2 saya rapat sket ngan patient, and kena adjust position kepala dia. dah 2x dpt patient, saya tengah keja, die tenunggggg je mata -___- aduhai. den dah lah lemah bab2 org pndg mata ni. pastu ade one time tuh, nak pusingkan sket kepala dia ke arah saya, so saya pegang dagu dia and palingkan dia, tiba2 dia blush! hahaha. siap cakap "ahh, jadi malu ni kak" sambil tersipu2. aduyaiiii. sabo jelahhhh :P

6. lain plak case ngan lecturers. i dunno lah why, but sini, if kita tengah selsema, most probably u akan ade high tendency untuk direject oleh lecturers. haha. especially if u berhajat untuk wat discussion ngan dia. siap ade lecturer tuh, masa nak wat appointment ngan die untuk discussion, die pesan " kamu ketemu saya, only selepas flu kamu baik " haha. hebat x? yang kes sorg senior ni, die punyalah ready gila2, dahla nak dpt time untuk discussion tuh susah, dah dpt, senang2 je lecturer tuh cakap "kamu flu ya? okay kita diskusi minggu depan aja ya" aduilahhh, memang sangat2 menguji ksbrn bila mengejar2 lecturers ni. huu.


7. but alhamdulillah, saya ade patient sorg ni, kecik je budaknya, umur 5 tahun taw, nama dia rafli. aaaa, die sangat comel. such a sweetheart to everybody, ramai sanga cium dia, sbb die terlampau cute. org keja lah lama mana pun kat die, die senyap and menurut je. tak banyak bunyi pun. dahla comel. tade gambar die lah, nnt lah, insya Allah akan treat die lagi, nnt saya post his picture. comeyyyy. dah 3x dah cium dia. hihi. padan muka, sape suh comel sgt :P


8. kadang2 dah balik clinic, dpt katil tuh mcm nikmat gila. backpain makin teruk, no wonder lah dorg kata dentist banyak yang suffer backpain. yelah, nak duduk tegakkkkk je mmg x lah. dengan dental chair yang kdg2 takley adjust, rendah semacam, terpaksalah menunduk kan. huu. terasa letey sgt, but ya Allah, aku berdoa, Kau permudahkanlah perjalanan klinik aku dan rakan-rakanku ya Allah. we got seniors yang dah nak sumpah doctor this monday, nak balik for good. tak sbr sgt nak jadi cm dorg. we are the last batch kot kat our uni, so mcm kitorg lah yang akan ditinggal-tinggalkan. sobs :(


9. apa lagi eh? cukuplah dulu. oh oh, ade kes ni, sbb nak jaga hati patient punya psl, sampai ape die jual pun, die wat cm direct selling mcm tuh, kena beli. hahaha. poilitik habis ah kitorg ni. hihihi.


tapi ape2 pun, ye kadang2 mengeluh letih. letih nak fikir mcm2, belum masuk yang makan hati, makan dalam, rebut2 dental chair, rebut patients ape sume. tapi satu je harap, Allah permudahkan segalanya. memang masuk clinic ni, kena banyak sangat bersabar. emotions kena sgt2 pandai handle. kdg2 ade mslh tuh, kalo dah mmg mslh sgt, kena calm down and hadap jelah. hari2 kena pesan kat diri sendiri, tape yana, mungkin hari ni tade rezeki, esok lusa ada. and cane2 skalipun, memang kena saling2 bantu membantu sgt. tak boleh hidup sorg2, ikut kepala kita je sejak masuk clinic ni.

dan satu lagi, ya Allah, kurniakanlah aku kesihatan yang baik sepanjang klinik ni. satu hari x dtg, mcm2 missed. nak plak skang, salu sakit kepala. huu.

okay thats all, dah puas dah mengadu psl patients :P take care, dah nantok la. goodnite, assalamualaikum :)

Thursday, 3 May 2012

nanaaaaaaaa, i love you! :D

see my new blog header?
its a present from this one sweet girl, whom i get to know her thru blog, and has been such a good friend for all these while.
tak penah jumpe dia, but definitely, she has been very concern about semua menda yang jadi pada saya.
in fact sometimes, she did drop some advices and put me back on a good mood.

thank you sayanggggg :)
ure such a sweetheart! :D

nak blog pasal birthdayyy! wait wait okie? ;)

anyways, meet my dear nana in here! :)

nanaaa, akak terkejut gile okay tgk blog header ni, as if tau2 je akak tengah carik blog header. hee. mesti sbb kusam sangat header akak kan? ngehngehngeh :P

Tuesday, 1 May 2012

graduation story :)

assalamualaikum :)

hee. cite yang dah agak basi, tapi takesalah kan. sbb dah penah janji nak cerita. such a perfect timing, the whole family datang. alhamdulillah, ade rezeki lebih sikit, abah manage bawak the whole family dtg. kebetulan nina cuti, while eja and faan, abah extra cutikan. haha.

the graduation ceremony took place on 15th april, tapi dorg dtg awl sikit, hari jumaat the 13th. and im super thankful, about the place yang i choose for them to stay, abah sgt satisfied. haha. my dad ni agak memilih sikit, and he is very perfectionist about everything. kirenye mcm, if die nak dtg, u kena prepare things very well, as if the menteri yang nak dtg. kena plan well, mcm mana nak gerak, timing, places to visit and what not.

nak kata kitorg berjalan sakan, tak jugak. sbb abah dah pesan awal2, find a place to stay yang dekat dengan mall, so kite g mall tuh jela senang to eat ke ape. so guess ive made a perfect choice for choosing apartment mediterranean in jakarta barat for them, walking distance je to Central Park mall. and mmg sgt2 lah tepat pilihan tuh, sbb jam teruk gile jakarta masa dorg datang tuh. huu.

malam before the grad ceremony, saya mengadu kat umi, "umi, yana macam nak make up sikit for besok, but umi taulah kan, yana x pandai make up. biasa mintak tlg housemates, tapi ni masing2 dengan family masing2, takkan nak menempel dengan dorg plak kan?" then umi asked, "kakak bawak ke brg make up?" hee, saya sengih. i pour all the things yang saya ade in my make up bag. yes, i got a make up bag walaupun i rarely put the make up on. haha. then umi tgk2, sume die tak berkenan. and tahulah my mum, die cakap "okay, jom turun mall, kite dinner, then we find things for you"

salu saya pakai eyeliner yang gel punya tau warna hitam, and rupe2nye barulah saya tau, umi x suke. so masa g jalan2 nk g carik make up, umi amik eyeliner warna brown, sbb die kata mach dengan warna mata saya. hahaha. entah bile pulak mata aku jadi brown :P and die beli cm stu eyeliner lagi yang cm shimmer sikit. i was like, oh my, semangat benor mak aku ni.

so malam tuh, after balik dinner, memang kitorg duk anak beranak test make up. haha. and i warned umi awal2, muka yana ni maskulin, jgn make up tebal2 sangat, kang jadi pondan :P so bape kali try test entah, blusher nina yang handle, lipstick nina + umi, mata umi. hee. malam tuh punya make up memang sgt puas hati, tapi try test make up tuh ada lah dekat 2 jam. kehkeh. sbb happened to be, family saya jenis x make up sangat. sbb tuh bile cakap psl make up dengan saya, mmg saya surrender awal. hee.

and seperti dijangkakan, kalau sapa2 make up saya, mesti geram dengan part kening. cos kening saya jarang2, tak hitam and sangat tebal serta berterabur. tapi seriously, malam tuh masa try test, rse okay je. umi sentuh pun sekejap je part kening tuh, dah jadi :D

tapi lain ceritanya bila masa hari grad tuh. haha. maybe sebab kena bangun awal sgt kot. grad ceremony tuh start 830 pagi, so 730 dah kena ade kat sana. and i woke up at 5, siap2, sbb umi suh bgn awal and lumuq moisturizer banyak2 sbb kulit saya kering. and umi pun startlah make up. agaknya sbb umi make up dalam keadaan laloq kot, haha. memang apa yang jadi on that day memang quite different nga apa yang kitorg test2 tuh. part kening especially. sampai masa saya upload gmbr, my friend ade sorg yang cakap "yana, i havent see u in heavy make up like this, paling takley blah part kening, aku dah x nampak part lain dah selain kening ko, yana!" hahahahahaha. hampehhh gila. and masa tuh jugakla, tho saya just pakai lip ice je, tapi jadi merah gile bibir. aiyooo. tapi layan jelah, at least my mum wat much better kot dari saya wat. ngehngeh.

so there u go the graduation ceremony, dari 830am sampai 130pm kalo x salah. memang obviously nampak my family kebosanan, sbb kitorg split tempat duduk. and my sister siap update dekat status fb, "sepatah haram pun aku x faham" hahaha! mau tak nye, memang bahasa indonesia totally dorg pakai for the speech kan. hee. nasiblah :P

the rest rasanya, yana share the pictures je lah eh? tak banyak pictures dengan abah, sedih btol. sebab taulah abah, semua nak cepat2. and im soooo happy, dorg bagi suprise, dorg bagi bear that morning yang wat saya jadi shocked habis sebab saya duk selongkar beg nak tgk ape dorg bawak from malaysia utk saya, tak sikit pun saya nampak kelibat bear tuh. hee. pandai dorg sorok :D






















and ramai org confused ingat saya akan balik for good, but taklah, i still have practicals to do here. about two years lagi insya Allah. banyak sangat dugaan sekarang, but hopefully semuanya akan okay.

the scroll is just for you, umi and abah. i know how much ive put u guys in worries masa saya ngah wat thesis sampaikan abah cakap masa lepas saya dpt scroll tuh and i thanked them, then abah cakap "tape kak, abah lega sangat, jangan wat abah risau mcm ni lagi yeh? dengar kakak nangis hari2" heee. teruk btol yana. but insya Allah, selagi yana mampu, yana akan wat yang terbaik for umi and abah and for my siblings too. no matter how hard it may seem, for them ill do anything just to make them proud of having me.

enough with the graduation story, insya Allah ade masa, saya cite psl patients pulak :) take care. happy labour day everyone. assalamualaikum :)


p/s : tengok cerita cinta buat emelda buat saya emotionally unstabled. hee.