Friday, 21 September 2012

responsibility

assalamualaikum :)

sekarang tajuk semua nak pendek. column title tuh sbnrnye annoying. sebab kadang-kadang stuck nak tulis post, just because nak fikir nak letak tajuk ape. pastu malas fikir, so tutup tab new post.

responsibility? or maybe lebih baik tulis responsibilities? the second one sounds much better.

sejak dua menjak ni, banyak termenung, fikir mcm2. kadang-kadang, sampai terfikir, aku yg baru fikirkan hal sendiri, keluarga and org2 terdekat dah banyak runsing mcm ni, mcm mana org yang jadi pemimpin, yang jadi pm lah ape kan. sure lagi serabut kepala otak.

makin bertambah umur, makin banyak tanggungjawab. entah kenapa, sejak aku masuk lab prostho (lab buat gigi tiruan) ni banyak buat aku berfikir tentang tanggungjawab. mind to hear me share about this one thing yang pernah buat aku termenung sorang jauh, sampaikan pen dakwat basah yang aku pakai aku cucuk kat kertas, tembus sampai 13 muka surat? -___-

aku ada patient sorang ni, sorang nenek, umur 55 tahun. dia datang dgn one agent yang selalu bagi kitorg patient2 untuk kitorg penuhkan requirement. kebetulan, masa dia dtg tuh, untuk case tuh aku masih belum ada patient, so alhamdulillah, rezeki aku ngan dia, dia jadi patient untuk case partial denture aku.

so far, dah 3 kali appointment dah dengan dia. plus one, yang mana dia dtg without kitorg janji sebab miscommunication. kesian dia. datang jauh2. dia tinggal jauh jugak dr campus aku sebenarnya. kena naik bus around 30mins kalo tak jam, u know jakarta, terkenal dengan jam or what we called macet here.

tapi aku salute makcik ni. dia x mcm patient2 yang lain, yang sibuk nak duit, kadang2 siap demand nak berapa. dia tau dia yang memerlukan perawatan, jadi dia mcm terima je berapa yang dia dpt. sampai kadang-kadang kalau aku hulur dia duit, dia siap tanya "yana punya duit ga untuk makan yana nanti?" ms dia ckp ayat tuh aku sebak.

and tahulah orang tua, takde apa yang lebih membanggakan dia, bila dia boleh bercerita pasal anak-anak dia yang berjaya. ade one meet ni, sambil menunggu doc, i spend some time lepak dengan dia berborak. dia cerita pasal anak dia, dia ada 5 anak, semua lelaki and alhamdulillah, dia berjaya masukkan lima2 tuh ke university. masa die cerita tuh, aku nampak dia bersungguh sangat bercerita sampai part dia cerita anak dia dpt masuk university tuh, mata dia bergenang. maybe dia terkenang susah payah dia nak sekolahkan anak dia tinggi2.

"ibu sampe jual mobil, yana. karena ga cukup uang mau nyekolahin anak ibu waktu itu. tapi ya alhamdulillah lah skrg, semua anak ibu dikit2 udah bisa kasi ibu ama bapak idup senang"

dan dia senyum bahagia kat situ :)

aku tersentuh. bila balik, aku fikir umi ngan abah. aku teringat jugak atok ngan nenek. mesti umi ngan abah pun rasa mcm ni. mesti sbb tuh abah resah sangat bila one day gara2 kroni2 punya pasal, abah disuruh berhenti kerja. mesti abah resah, dia tahu dia ada banyak anak dia nak tanggung. now aku faham.

and tahulah, aku bru first time masuk lab prostho ni, so still im learning banyak menda, kadang-kadang menda sama ulang banyak2 kali. and ibu ni sgt cooperative. dia nampak aku letih mengulang, dia urut belakang aku, dia suruh sabar, jangan putus asa. hilang letih aku, dia sangat memahami. dia cakap anak baru belajar, takpe, kita ulang lagi, ibu tak penat pun. baik kan? :')

siap datang bawakkan aku dodol, bawakkan aku kuih topi yang dia bawa dari warung. bagi bukan sikit, banyak. suruh aku makan ngan kwn2 doctor yang sama2 penat. baik sangat ibu tuh. dia selalu bagi aku kata-kata semangat, and dia cakap dia suka tgk aku senyum, jangan stress2 kerja, tak payah fikir letih dia, biar kerja aku selesai dengan baik.

balik rumah tuh, lama aku renung ceiling. baik sangat ibu ni. and aku dapat rasa satu tanggungjawab kat situ. bukanlah bermaksud selama ni aku ambil sambil lewa semua patient aku, tapi ibu ni buat aku berfikir. mungkin kerana dia tua, cara dia bercakap, cara dia bagi nasihat tuh sampai straight pada hati aku. im gonna be a doctor, stu profession yang mana org sangat rely on, really count on us. mcm kes ibu ni, dia dah hilang banyak sangat gigi, dia nak dengan gigi palsu yang aku akan buatkan tuh, akan boleh buat dia kunyah macam biasa, and bila senyum nampak cantik nak berbicara.

besar sebenarnya tanggungjawab aku. ya Allah, jadikanlah aku seorang doktor yang penuh dengan ciri2 kemanusiaan, yang bukan sekadar mengejar requirements hanya untuk memastikan aku selesai dlm waktu yang ditentukan. tajamkan skill dan seni aku, supaya setiap hasil tangan aku untuk patient aku, boleh buat mereka berpuas hati. perbaguskanlah kemahiran aku dalam berbual dan berkata-kata dengan patients aku, biar mereka semua selesa dengan aku. berikanlah aku kesabaran, maniskan wajahku dengan senyuman :)

24 tahun hidup, sebenarnya sedar tak sedar, bila aku duduk berfikir, dah mcm2 tanggungjawab aku galas. ada yang aku sudah selesaikan, ada yang masih aku galas, dan ada yang bakal aku galas. tanggungjawab sebagai anak, sebagai kakak sulung, soon tanggungjawab sebagai doctor gigi, sebagai seorang ibu, seorang isteri. mcm2. mungkin jauh aku fikir, tapi semua tuh perlukan persiapan. bila ada tanggungjawab, pasti ada harapan yang sekali mengiringi tanggungjawab yang dipikul tuh. permudahkanlah ya Allah, segala kerja, segala apa yang aku lakukan, aku harapkan redhaMu.

okay sebak pulak, tapi hati rasa lega, sebab dah boleh lepaskan apa yang aku nak share, yang mungkin boleh buat siapa yang membaca juga berfikir. terima kasih ya Allah, untuk segala nikmat, untuk keluarga yang sentiasa menyokong, untuk kawan2 sekeliling yang banyak membantu. semoga segala pekerjaan kami, Kau berkati :)












"this is what we do best, bila stress dlm lab, tunggu patients atau boring-boring saja2. hee!"


biar perjalanan awal ni susah, tapi aku harap, suatu hari nanti, umi aku pun boleh bercerita pada siapa2, dia pernah susah untuk anaknya, dan alhamdulillah anaknya sudah berjaya dan mampu bahagiakan dia. mcm ibu  yang aku tengah rawat ni :)

may my friends and i soon be the lovable doctors, insya Allah :)

have a blessed weekend. assalamualaikum :)

No comments: