Thursday, 21 November 2013

ahmad ammar : kematian yang menghidupkan

innalillahiwainnailaihirajiun. al fatihah buat saudara ammar, semoga rohnya tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

have u read about his story? the viral video that is widely spread in the facebook currently entitled [ahmad ammar dalam kenangan : 1993 - 2013]. kalau ada masa terluang, jemputlah tengok. insya Allah banyak ibrah (pengajaran) yang boleh diambil dari situ.

hebatnya ahmad ammar. dia bukanlah seorang sahabat saya yang saya kenal secara personal pun, cuma tahu pun tentang dirinya melalui penulisan2 yang dibuat tentang dirinya setelah dia meninggal. tapi kematian dia membuka mata, membuka hati.

dalam kecewa dan meluat melihat video-video 'cheapskate', cam comel jerrrrrr, video couple itulah ini lah, kisah villa nabila ape lah, tiba-tiba video ni menjadi bualan ramai. mula2 tgk video, "wow, 24minit punya video". ada jugak terdetik rasa malas, tapi mungkin Allah gerakkan hati jugak untuk melihat dan alhamdulillah selama 24minit tu, mcm2 perasaan ada.

gembira. subhanallah, masih ada sosok pemuda yang bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti kemanusiaan, membantu sini sana.

sedih. mengetahui dia pemuda yang hebat itu sudah tiada lagi di dunia.

kagum. lihatlah kematiannya ditangisi oleh ramai orang. bahkan rakyat turki berebut-berebut memegang keranda beliau sebelum beliau dikebumikan.

malu. dia yang jauh lebih muda, dah banyak yang dilakukan sehingga dia berpeluang untuk dimakamkan bersebelahan dan berdekatan dengan makam abu ayub al ansari. aku? what have i done for the ummah?

*tunduk*

tahu siapa abu ayub al ansari? sahabat rasulullah yang antara paling lama jangka hayat hidupnya. mengikuti almost semua perperangan jihad sewaktu Islam sedang cuba meluaskan jajahannya sehingga menguasai 2/3 dunia. zaman di mana sultan muhammad al fateh di saat dia mampu menawan bumi constantinople, beliau mencari makam abu ayub ini. kerana abu ayub minta untuk dikafankan di tembok supaya beliau dapat mendengar derapan tapak kaki kuda tentera yang dipimpin oleh raja yang hebat untuk menawan suatu kawasan yang diriwayatkan oleh Rasulullah. dan dia adalah sultan Al Fateh. dan kawasan yang dimaksudkan itulah tembok di kawasan bumi constantinople atau kita kenal sebagai Istanbul sekarang.

masya Allah. hebatnya ahmad ammar, mampu dimakamkan bersama dengan orang hebat. yang semangat juangnya insya Allah sama seperti sahabat2 nabi yang agung itu.

terima kasih wahai saudara seislam. kematianmu ditangisi ramai manusia. semoga rohmu tenang di sana. semoga kematianmu membuka mata lebih ramai manusia. dan semoga semangatnya mendorong serba sedikit hati ini untuk berjuang menegakkan agama Allah.

lastly, a question for us to ponder as a caliph di bumi Allah ni, what have we done for the ummah? are we just wanna be the ignorant ones? or maybe sekadar orang yang tumpang gembira dan berbangga bila suatu saat Islam dah bangkit? atau nak menjadi orang yang sama-sama bersusah payah menegakkan hak Allah di muka bumi ini?

manusia itu istimewa, jauh lebih istimewa dari makhluk Allah yang lain, lebih istimewa dari para malaikat yang senantiasa bertasbih kepada Allah. kerana apa? kerana manusia diberi peluang untuk memilih. dan pilihan itulah yang menentukan darjat kita di sisi Allah di hari akhir kelak :)

"dan janganlah sekali-sekali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.."
(Al Imran : 169)



nota kaki : muka arwah ammar dalam video itu sebelum dia dikafankan sepenuhnya tu kadang-kadang bermain dalam fikiran ni..

Wednesday, 20 November 2013

talking about marriage


Marriage is a school where u get the certificate before you start.

a school where you will never graduate.
a school without a break or a free period.
a school where no one is allowed to drop out.
a school which you will have to attend every day of your life.
a school where there is no sick leave or holiday.

a school founded by the Almighty:
a) on the foundation of love
b) the walls made of trust
c) the door made of acceptance
d) the windows made of understanding
e) the furniture made of blessings
f) the roof made of faith

Before you forget, you are just a student not the principal. the Almighty is the principal :)

*taken from doc halina's blog*

topik cliche umur 25. "bila nak kahwin?"

i bet ramai dari kita especially the girls, as we reached this age, semua akan start to aware about this matter. about finding a good spouse, saving some money, planning the future with a figure that u find him/her as 'the one'. sampaikan kadang-kadang, pressure from keadaan sekeliling boleh membuatkan seseorang ambil tindakan untuk jump into this marriage thingy without having a deep thot about it.

kahwin bukanlah semata tentang majlisnya. bukan saje tentang baju kahwin yang paling cantik yang suits the trend, bukan semata tentang having the best place to celebrate it with your friends and family. kahwin tu lebih dari tu. i may not the most eligible one to talk about this, but spilling about it a bit might be okay. mungkin apa yang saya pikir, sama dengan apa yang kalian pk. ataupun apa yang saya tak terpikir, kalian terpikir, please, kindly enough to share it with me. im reaching that 25 age, and i think i need to equip myself with such knowledges about this.

memang seronok, being on the track to prepare for the event. macam-macam menda untuk disettlekan. and if u are a shopaholic just like me, this one is totally a bliss. u can buy things without feeling guilty, beli hantaran mestilah kena beli yang best2, itukan hadiah buat seseorang yang bakal jadi peneman hidup. baju kena cantik sebab dari selalu x stand out in a crowd, masa tulah mungkin jadi the only moment where u can be the centre of attraction. caterers shud serve the best food for the guests. entah, semua tu sangat menyeronokkan, tapi hakikatnya perkahwinan itu adalah jauh lebih dari itu.

perkahwinan itu tentang dua hati. dua hati yang sama-sama setuju untuk digabung menjadi satu. bukan untuk 2 hari majlis diadakan, tapi untuk selamanya insya Allah till jannah. persiapan itu yang jauh lebih penting. tapi tak ramai yang putting a deep thot into this. knowledge untuk menjadi seorang isteri, menjadi seorang suami. sifat yang memungkinkan untuk memikul tanggungjawab tu. kursus kahwin mungkin memberi pencerahan, tapi sejauh mana apa yang diperoleh dalam kursus tu diterapkan dan dipraktikkan? jgn jadikan sijil kursus kahwin tu sebagai tiket lepas untuk kahwin je. naya perkahwinan tu nanti.

sebagai contoh, akad nikah yang dilafazkan oleh seorang lelaki. sebaik sahaja dilafazkan akad tu, suami lah yang akan menjadi penanggungjawab semua dosa isteri. yang dahulu dipikul oleh sang ayah dan abang-abangnya (for instance : dosa x menutup aurat). x mudahkan? dosa sendiri pun belum mampu terpikul, tapi kita dah kena pikul dah tanggungjawab dosa orang lain lagi. dan sama jugak untuk seorang perempuan, syurga yang dahulu di bawah tapak kaki ibu, skrg sepenuhnya dibawah tapak kaki suami. baik buruk suami tu, semua kita kena terima sbb kena ingat syurga itu di bawah tapak kakinya. dan insya Allah perkara ni kite mampu nak layari dan terima, bila hati tu dah sama-sama berjanji setia dan sama-sama sepakat untuk melayari bahtera perkahwinan tu sama-sama dengan masing2 aware terhadap tanggungjawab masing-masing.

macam mana?

pertama, dengan mendalami ilmu. dan sebaiknya ilmu agama. saya tak kata ilmu agama je penting, tapi il mu agama tu insya Allah meliputi semuanya. tahu tentang tanggungjawab, tahu tentang hukum nusyuz, zihar dan sbgnya mampu memelihara kita dari ke arah situ. banyakkanlah membaca. selain sibuk meng-spa diri untuk cantikkan fizikal kita buat tatapan si suami, baca lah buku-buku agama untuk mencantikkan rohani :) dan suami pun ada keperluan untuk dia mengetahui tentang bab thaharah, fiqh dan ibadah, untuk dijadikan rujukan oleh isteri bila x tahu.

ilmu lain, mcm psikologi, atau lain2 pun penting. nnt dah ada anak, kan selain cikgu di sekolah, kita sebagai ibu bapa pun antara yang mencorak anak-anak kita. dah mampu ke kite menjadi sabar untuk menjaga anak-anak? dah mampu ke kita nak korbankan macam-macam untuk jaga dan besarkan mereka? having a good knowledge psl psychology mungkin boleh membantu kita untuk lebih memahami pasangan. penting jugak tu ;)

and smlm, my mum and i talked about this. kesediaan untuk saling menerima. i asked my mum, salah ke untuk seorang perempuan jual mahal sebelum dia dinikahkan? and i asked me to answer me by not being bias since im her daughter kan. and she said, x salah. sebab kesanggupan seorang lelaki tu kita boleh dinilai dari situ, untuk tengok sebanyak mana dia sanggup buat untuk kita. dia ada anak lelaki nnt pun, she wud advise his son to give his best in winning over a girl's heart. thats the nature. sebab perempuan, once die dah kahwin, dia kena always menurut to her husband. as long as x bertentangan dengan syariat agama lah kan. but if lets say suami x suka makan durian, kenalah jugak kita x makan durian, at least x dekat rumah yang boleh mengganggu keselesaan dia. walaupun perkara remeh. perkara remeh pun jadi x remeh bila dah hidup berdua, because u always have to find the best way to suit both of your likings.

okay i still dun get to elaborate the point enough yet. about saling menerima ni. about accepting the goods and flaws and at the same time trying to be better for the sake of making ur spouse happy. mcm mana ye. 2 jasad yang berbeza, of courselah mempunyai cara fikir, cara hidup, cara makan atau cara apa saja lah yang berbeza. tak semua yang kita suka dia akan suka, but then bila dah hidup sebumbung, semua tu kite kena compensate, to complement each other. tau pasangan kita ni jenis yang x berapa nak amik endah, sebagai contoh si isteri, maybe boleh amik hati orang-orang yang mungkin terasa hati dengan si suami, by doing something untuk sama-sama menjaga nama dia. at least, kita buat bagi pihak si suami. suami bergaduh dengan mak sendiri, jadi bini jangan jadi batu api malah kita yang kena jadi ais menyejukkan dan mungkin sampai mencairkan diri sendiri. ha mcm cite love you mr arrogant tu. ihihihi. 

dia memerlukan seni. to deal with people, trust me, its an art. memang kadang-kadang kita kena beralah sedikit untuk satu tempoh masa demi kebahagiaan yang berpanjangan.

dan bercakap sebagai seorang perempuan, pengorbanan yang kita sebagai isteri bila kita dah kahwin nanti memang banyak. pengorbanan masa, tenaga, duit mungkin. penat balik keja mcm mana pun, kalo dulu boleh relaks je beli mknn kat luar, tapi dah ade suami, kena lah jugak at least rajin masak untuk dia. wpun simple, tp air tangan isteri tu pengikat hati suami :) and i do believe in that like seriously. tenaga? yelah, kena blaja dah dari awal2, rajin mengemas rumah, membersih itu ini, sebab u cant expect u dpt lelaki yang akan always bantu u with that thing, sebab ade certain lelaki they think by doing the house chores tu mcm menjatuhkan ego dia. percayalah, ade jenis mcm tu. so, sebelum kawin, make sure pandai urus diri dulu dan mungkin keadaan sekeliling tu sebelum think of taking care of another person in your life. 

as for myself, i do think that im lacking in too many things lagi, thus nak kahwin tu maybe belum lagi lah in a short time. ilmu belum cukup, kesabaran belum tinggi, banyak lagi yang perlu diperbaiki selagi ada masa. but looking forward to it dan insya Allah akan sentiasa perbaiki diri ni. seronok tengok orang dah kawin ni, siap ada baby, but i do believe in His plannings, peer pressure dengan orang lain x bawa kebahagiaan pun kalo kawen sbb orang lain kawen. sampai masa, insya Allah ade lah tu rezeki nak kawen.

sorry kalo menceceh tahape hape. tapi i just feel to simply write this things up. marriage is a beautiful thing. congratulations for those who have successfully passed the ups and downs in a marriage, may it lasts till Jannah. and for those who are planning ahead for a marriage, equipped yourself, not just physically, but mentally and spiritually. and i pray for all of you to own a family that is success in every way that it has to be insya Allah :)


:)

Friday, 15 November 2013

jadi orang yang suka banyak sangat benda pun payah jugak kadang-kadang =/

these past few days, my mind went nowhere except to this matter. on what im going to wear on that day. what color. dress or kurung or maybe kebaya? searching, google-ing, pinterest-ing. do they help? yea a bit, but i get confused even more. duh.

so yesterday, i went out to buy the materials, as i dont think i have much time left. and as expected, i ended up buying things that had never crossed my mind before. i was aiming for chiffon, but as soon as i saw a lot of type of chiffons (not to mention the colors), then i went just "naahhh, not chiffon lah kot".

even the choice of colors changed. and i regret it. haha. well, thats just so me. buying and regretting it later at home.

but at least, this time, after having the materials and the colors, somehow it helps. at least i can narrow down the searchings according to what i own now. too bad, the materials, tho they are nice, but i can just think for few designs that suit the materials well.

phew. am i thinking too much? or maybe im just being too fussy?

*take a chill pill*

"less is more, less is more liyana..."

till then. toodles.



:)

Wednesday, 13 November 2013

dancing in the rain


"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan bersedih hati, 
sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu beriman"
(3 : 139)

ada penanda buku banyak2, semua ada petikan ayat Al-Quran di setiap satunya. dan kami sama-sama membelek, mencari yang mana yang kami suka untuk diambil satu buat koleksi.

kawan belek, jumpa potongan ayat ni, "yana, ayat ni sesuai untuk ko. amiklah yang ni simpan.."

aku senyum. memang dah perasan dah ayat tuh tadi and mcm dah suka jgk, tapi takpe nak belek lain dulu.

another kawan lagi belek, "na, ayat ni sesuai na. simpanlah amik ni. mcm kena sangat dengan kau.."

potongan ayat yang sama.

3 orang yang berbeza, mempunyai rasa yang sama untuk sepotong ayat ini. maka yang itu aku ambil, buat peringatan diri.

mungkin dugaan ku jelas di mata mereka. dan alhamdulillah ada kawan-kawan sekeliling yang prihatin. seberat mata mereka memandang, seberat telinga mereka yang mendengar, percayalah, hati ini lebih jauh berat memikul.

ayat-ayat Allah ni lah yang memujuk hati, memberi ketenangan bila semua rasa membungkam dalam. 

Allah cakap liyana, "kamu paling tinggi derajatnya, JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN"

orang beriman x berputus asa. orang beriman x mengeluh. orang beriman tau ujian Allah itu tanda sayang. 

sesesak mana dada, mungkin melawan keinginan dalam hati, tapi pujuklah hati, tak semua menda yang kita mahu tu sentiasa yang terbaik untuk kita, yang penting usaha, kedepannya Allah pasti aturkan yang terbaik..

peringatan untuk diri sendiri, dan mungkin bagi mereka yang sama ada rasa konflik dalam diri.

semoga Allah redha :)

ukhwah fillah abadan abadaa


"sahabat yang baik adalah..
apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah,
mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu, 
terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada Allah,
berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah..."

:)

Thursday, 7 November 2013

gratitude

salam :)

alhamdulillah, praise to Allah, hari ni berakhir sudah satu gundah gulana yang mencengkam jiwa selama ni dekat clinic. the one and only prostho case yang belum settle, hari ni dah habis dah treatment, whats left is just the controls. semoga dipermudahkanNya *joy*

living in a surrounding where everything requires money, and bila suddenly u have a patient yang treat u like a family tu sangatlah beruntung. tadi i sat down and had a talk with the wife of my patient, thanking them for being so cooperative and nice along the treatment was done. tak pernah mengharapkan duit mcm some other patients and very caring. bagi semangat selalu. and this words yang keluar tadi dari mulut dia, buat i somehow sedar yang im now holding a great responsibility to serve the public.

"makasih doc, makasih kerana merawat dan mengobati. bapak udah senang, nyaman dengan kondisi sekarang.."

thanks aunty, thats what that ive always been praying everyday, for Allah granting me the skills so that ill be a dentist yang merawat dan mengobati, bukanlah menyakiti my patients :') amin..

dont forget to read al kahfi !

Saturday, 12 October 2013

taking the baby steps again

assalamualaikum :)

lama gila nak amik idea nak tulis apa walaupun memang terasa nak menulis. kalo dulu, segala ape menda dalam kepala, main rileks je tulis. mungkin sebab faktor usia pun dah meningkat kot, jadi nak menulis ape pun kena ditapis dulu sana sini.

lama menghilang tak pegi mana pun, always bukak blog orang lain and baca but not in the mood to update mine. mcm hilang words each time nak write a post. busy with my clinical years. and now dalam term menghabiskan saki baki requirements yang ada, dengan harapan dapat selesai secepatnya. insya Allah, nak grad sama-sama dengan kengkawan lain tahun depan.

spiritual wise, alhamdulillah now hidup tak rasa macam robot sangat. dulu always terpikir, asyik2 buat benda sama, nak belajar, nak berjaya and bahagiakan ibu bapa. ayat cliche nak berjaya dunia akhirat. dunia mungkin kita nampak depan mata. akhirat? buat ibadah sebanyak nya je ke? kalau dulu ye pikir mcm tuh. aku jaga ibadah aku, kau jaga ibadah kau. and insya Allah nanti dapat masuk syurga kalo beribadah sebanyaknya. ternyata, SYURGA TU BUKAN MURAH. bukan sekadar beribadat je :) ada tugas lain yang kita kena buat, kena sama-sama mengajak yang lain untuk sama2 mengimani apa yang Allah tulis dalam Al Quran. its quite a new thing for me too. but im learning. kadang-kadang ada tergelincir sini sana, but alhamdulillah, Allah masih sayang, masih tarik diri ni dari tersasar jauh. semoga saya istiqamah. amin.

status diri. sekarang dah kena mula menjaga hati dua family.kihkihkih. nak buat apa-apa kena pikir banyak orang. hehe. semoga dipermudahkan Allah, i dunno what future holds. but now im learning to open up my heart for a person that i believe was made for me. jawapan istikharah saya. semoga petunjukNya selamanya berpihak kepada dia dan Allah berkati segalanya :)

itu je kot, skang dah rasa segan and blur nak tulis apa ntah. hopefully when i start to write again ni, ill write more beneficial posts yang akan sama-sama bagi manfaat pada kita semua. saying hello to this blog readers (kalau ada), lama dah tak bertegur sapa melalui blog ni. if some of you dah menulis blog juga, mehla tinggalkan link. im updating my list of blogs now.

take care everyone. be good. remember Him in everything u do. assalamualaikum :)


a month!

Friday, 11 October 2013

Monday, 4 February 2013

berbirat di hati

assalamualaikum :)

taknak berbahasa basi seperti selalu. dari petang tadi hingga malam dinihari di saat saya update ni, ada suatu perasaan yang bersarang tebal dalam hati. tebal sangat dan kadang2 perasaan tuh menimbulkan panas di pipi dan meransang kelenjar air mata.

kenapa?

kerana saya malu..jujur ikhlas dari hati. dari tadi asyik memujuk hati.

kenapa malu?

alhamdulillah, tadi pagi ade sharing dengan kawan-kawan. daurah. berbeza dengan usrah biasa yang selalu saya dan rakan serumah lain attend, kali ni dijemput muwajjih yang bukan duduk sekali dengan kami. tapi mereka yang pernah kami kenal dulu. jadi tadi mcm ade seolah2 jejak kasih disitu. lama tak jumpa. alhamdulillah, daurah yang pertemukan kami lagi.

tajuk yang sangat bagus, syahadatul haq. apa tuh? insya Allah nanti saya akan cuba share, kalau ada yang berminat nak tahu, saya juga terasa ade tanggungjawab untuk sampaikan perkara ni. insya Allah nanti ye :)

tapi mengapa malu tuh? bukan malu sebab pegi usrah, sebab antara muwajjih yang datang tadi, merupakan seorang yang saya kenal rapat. sama2 teman sepermainan sama2 sekolah agama dulu. sebelum ni bukan x pernah berjumpa dalam majlis2 lain, almaklumlah sama2 belajar di jakarta, selalunya akan berjumpa di embassy.

tapi..

tapi ni lain, bila sama2 ada dalam daurah, dan dia menyampaikan bahan, cuba memberi dakwah kepada kami2 ni. segannya dari mana? sebab dia sudah sebegitu. molek sangat luarannya, apatah lagi ilmunya. elok berpisah setelah daurah selesai, sehingga kini sy masih terfikir2. sama2 sepermainan dulu, tapi alhamdulillah dia dah berubah. dia dah jumpa tujuan hidupnya yang diyakini dan sekarang alhamdulillah masih teguh dijalan yang dipilihnya. dan alhamdulillah, sekarang cuba berdakwah pada saya dan teman lain. hebat.

sehingga tergerak hati ni, langsung bertanya, macam mana boleh jadi seperti ini? hati dicakar rasa ingin tahu. dia bilang, bukan mudah, susah. banyak jatuh bangunnya. dan dia mengingatkan manusia ni imannya ada naik dan jatuh, tapi berpeganglah pada sesuatu, lakukan sesuatu kerana Allah, insya Allah segalanya akan dipermudahkan.

subhanallah. tahu tak ape yang lebih mengusik hati? bila dia dan muwajjih bersama cakap di akhir pertemuan, "semoga istiqamah". sebak.

ya Allah, berikanlah hidayah itu juga kepadaku. tuntunlah hati ini dan dekatkan aku denganMu, jadikanlah aku seperti rakanku itu. dan semoga dia juga terus istiqamah dijalanMu.

dan semoga kita semua dibukakan hati kecil kita ini, lebih dekat kepada pencipta. yang pasti itu mati, yang lain itu mungkin. janganlah sehingga kau terlalu mengejar segala kemungkinan itu, sehingga kau jadi samar2 dengan apa yang pasti. cukupkah bekalan kita untuk menghadapi yang pasti?



ya Allah, pilihlah kami untuk dibimbing ke jalanMu dan semoga kami dapat melaksanakan syahadatul haq sesuai perintahMu. amin.

take care, assalamualaikum :)

Sunday, 3 February 2013

doa seorang sahabat

assalamualaikum..

lihat tarikh post ini, dan saya tersenyum penuh makna.

:)

hanya doa yang ada sebagai hadiah dan mungkin itulah sebaik-baik hadiah.

"semoga Allah melimpahkan kebahagiaan, kegembiraan yang tak bertepi.
dijauhkan dari rasa sunyi dan sentiasa tersenyum bersama yang tersayang disisi.
dipermudahkanNya untuk tahun akhir, dan berjaya untuk seumur hidup.
sentiasa di bawah lindunganNya, dan semoga menjadi seorang muslim yang beriman"


jaga diri. doa saya tak pernah putus untukmu kawan. insya Allah :)


when a person makes Dua for a muslim, an angel is appointed to say Amin to his Dua,
and to make Dua for him in return by saying, "May you be granted the same" (Muslim)


Allah hears the unspoken words of me. in Him i put my trust. and to my friends that have been helping to advice, thank you, may Allah bless all of you :)

Sunday, 27 January 2013

we plan, Allah plans, but Allah's plan is always the best :)

assalamualaikum :)

whoaaa, rajin pulop lately ni menghapdet blog. too much leisure time kot since campus cuti for almost two weeks. and the school is back to operate like normal (insya Allah) by tomorrow. tahu kan ape perasaan dia bila org dah lama cuti, suddenly kena kerja balik?

yes, malas! T_T

but realising the fact that cycle dah nak habis, i have about just a month left, a month yang hanya ade 28 hari (too bad), so seriously i have to work hard to settle this prosthodontics lab. seriously. with another 3 cases left, i know some said its quite impossible to finish it within that one month, but come on, xkan nak give up sebelum cuba kan.

so tadi petang, dengan bersemangatnya, buat planning. so that at least i can get a clear view of my plan. and thank God kalo semuanya smooth, akan settle semua tuh. just kena pray hard, my campus nye condition dah okay, my health is always at its best, and patients sume being cooperative.






hah siap bagi semangat untuk diri sendiri lagi. hihi. pray for me please, somehow its like a small battle for me now nak settlekan all the requirements before the cycle ends on 3rd march nanti. still tade patient untuk bridge, but sokay, tomorrow kite hunt yeh yana? :) doa banyak2 semoga dipermudahkan. 

no matter what that might happen in between, still i believe, maybe that is the best thing for me that He has planned. and you yana, dun be a lazy girl. anyone seeing me lazying around, please slap me! seriously.

all the best batchmates, lets work hard! 



KEEP CALM 
AND
ACT LIKE A SIR ! :P

Friday, 25 January 2013

drawing

assalamualaikum ~

ive been trying very hard to control my emotions today. im not very sure whats wrong with me, but the moment i opened up my eyes this morning, they went watery. thats weird.

so cuddle up with the bolster for quite some time before forcing myself to wake up and do some tidy-ing. took my bath. while thinking why on earth i woke up with this gloomy feelings. i dun have any bad dream last nite. weird.

so the next thing i do, get dressed and felt like putting on the face mask. my skin complexion is getting worse lately. and im not very sure what is the reason then. stress perhaps. the last time i put a face mask on, was errr, a year back? hoho. so not perempuan. no wonder lah your skin is like that liyana.

took the laundry from the laundry basket, and throw it on my bed. with hopes seeing them messing the bed will drive me to fold them quickly. but no. im not in the mood to fold the clothes yet. glued my butt to the study area. and of course lah not to study kan. browsing thru my favourite websites, all the DIY-s websites. tak faham kenapa hari2 nak bukak website wedding decorations and get some ideas. im not getting married any soon pun. heh.

mood changed? nah. still gloomy.

okay, laying on the bed and mcm biasa termenung. think of nothing but took me sometime before i actually forced myself to fold the clothes. okay done. and back termenung. hish, tak boleh jadi ni. this type of feelings cant be entertain or else ull get carried away.

lets do some crafts! wanna do the pompom flowers, but too bad, it needs at least 8 sheets of crepe papers, but i only have one. okay cancel the plan. take an A4 paper and start drawing. i draw a big heart. and stared at it for about erm, 10 minutes.

then i just let the fingers draw whatever they wanna draw. and u know it turns out to be what?




yes this. not a tribal design or what, okay. and then i felt my cheeks mcm panas2. whatever lah. and puppp, in 3 seconds my eyes went watery and a teardrop fell on the heart ive drew. damn. distractions failed. and i know the heart feels miserable now.

i wanted to share, but i dunno how to start. but the only thing that i have now is FAITH. 

dear love trapped in the centre of the heart, im so sorry, ure surrounded by all the messes that ive been trying to demolish it slowly. astaghfirullah.

:)

sorry for being a jerk. really. 

some beneficial sharing, insya Allah :)

assalamualaikum :)

just got back from the mall, watching movie while having some good times with friends tadi. kalau tak salah, sejak dari rabu lepas start cuti until now, tade satu hari pun yang saya duk rumah. hari2 keluar *facepalm* every nite before tdo, selalu berazam, "besok nak bgn awal lah, nak update blog. nak cite banyak sangat." alih2 sebab letey sgt, bangun awal dah, tapi bestnye berguling dalam comforter, alih2 akan bangun bersiap bila ade org suh siap2 untuk keluar :P

so what do i have this time to share? some islamic knowledge perhaps, something that i gained masa i attended sharing yang my friend organized last sunday. and somehow menda ni caught my awareness, a basic thing for a muslim like us. okay2, nak cakap banyak tak reti. just straight to the point.

masa sharing tuh, bahannye adalah tentang hadith ghulam. hadith mengenai seorang pemuda. yang mana muwajjih (penyampai) kupas satu persatu tentang hadis tuh dan segala maksud tersiratnya tentang hadis tersebut. its a long story but seriously very interesting. maybe u can go and google about that, ade :)

but the basic thing yang i wanna share is, some 10minutes slot yang dorg bagi untuk those yang dtg the day before, share balik dengan kitorg yang tak datang ni. about tarbiyyah. dakwah. menyampaikan perkara baik. ha lebih kurang samalah tuh maksud dia. hee.

dalam dunia ni actually, tarbiyyah ni sebenarnya terbahagi kepada dua, yaitu :
  • tarbiyyah islamiyah
  • tarbiyah jahilliyah

menurut kata sisters yang share tuh, konsep tentang perkara ni, tiada yang tengah2, seperti mana hak dan batil. jika perkara yang disampaikan tuh ada gunanya untuk keperluan kita kepada agama, maka itulah tarbiyyah islamiyah, dan selain dari itu, yang lagha dan sebagainya, ia akan tergolong pada tarbiyah jahilliyah.

jadi penyampaian tarbiyah ni pun boleh dibahagikan kepada dua, yaitu :
  • tarbiyah rasmiyah (secara beramai2, jama')
  • tarbiyah ghairu rasmiyah (zatiyah / diri sendiri)

tarbiyah secara beramai2 tuh seperti mana yang semua sedia maklumlah, sama ada dalam bentuk ceramah, kita menghadiri usrah atau sekarang lebih sinonim dengan nama bulatan gembira. hee. until now i still wonder, nape nama die kena bulatan gembira, bukan bulatan bahagia atau ape kan. hee. tapi takesalah, sebab memang selalunya habis dari berbulatan ni, memang akan gembira dengan sisters yang lain pun ;)

what that had been stressed by them is that, antara kedua jenis tarbiyah ni, yang paling penting is tarbiyah zatiyyah, yaitu tarbiyah kepada diri sendiri. sebab dalam tingkat muwasafat tarbiyah tuh, yang paling dasar adalah individu muslim tu sendiri. akar hati seorang muslim tuh adalah menda yang paling penting untuk dibentuk, supaya bila akar yang dibentuk tuh dah kuat, insya Allah akan menghasilkan buah yang baik.

muwasafat tarbiyah tuh ape? ni ade gambar dia :)



nampak kan tangga pembentukan suatu macam budaya islam, yang mana pada tingkat teratas tuh yaitu ustaziyatul alam. dan semuanya perlu dilakukan dengan berperingkat-peringkat. 

so kenapa tarbiyah zatiyah tu sangat penting? simple. kerana kita paling banyak dengan diri kita, sepanjang masa kita dengan diri kita. kalau dibanding usrah, mungkin perkara tuh seminggu sekali kita attend kan? but diri tuh kita bukan boleh buang2 dia, amik bila kite perlu kan? hee. jadi adalah sangat penting untuk kita equip kan diri kite dengan ilmu2 agama. ambil tahu, cari tahu. jangan kita jadi islam hanya sekadar atas nama, hanya sekadar kerana kita lahir sebagai seorang islam. malu nanti kalau saudara bukan islam kita bertanya, kita tercengang tanpa hujah bila orang tanya tentang agama kita sendiri. 

Umar Al Khattab, salah seorang khulafa ar rasyidin pernah berkata, 

"hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab"

kalau kita hayati betul2, sangatlah mendalam apa yang dikatakan beliau ni. lebih baik kita duduk, cuba renung balik ape yang dah kita buat, sebelum nanti kita dinilai oleh Allah dihadapan semua orang. mutabaah amal. cek balik ape yang dilakukan. sehari demi sehari, cuba gandakan perkara baik yang kita buat. mungkin semalam satu helai page Al Quran yang kita baca, besok mungkin boleh dua :) sentiasa ada cara untuk kita jadi lebih baik kan? yang penting kita usaha, pahala atau ganjarannya, biarlah Allah yang menentukan, tapi kita kena percaya, Allah tuh Maha Penyayang, kalau kita berniat baik kejalanNya, insya Allah ganjaran baik menanti kita.

sebab dalam Al Quran, satu potong ayat yang saya sendiri sangat suka, surah Al Ahzab, ayat 4 :

"Allah tidak menjadikan seseorang dua hati dalam rongganya.."

yang mana sewaktu sharing tu dijelaskan, apa yang dimaksudkan melalui ayat ni is, dalam hati manusia tuh, hanya boleh ditempati oleh satu niat atau satu perkara. sama ada yang baik, atau yang buruk. dan ia diperkuat lagi dengan potongan ayat dari surah As Syams, ayat 8-10 :

" maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,
sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu),
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.."

jadi sebagai makhluk Allah yang sangat sempurna dan istimewa sekali, surely kita always mahukan yang terbaik untuk kita. dan selalunya orang beranggapan, kita nak buat baik, sebab kita nak dapat pahala, dan nak dapat pahala tuh sebab kita nak masuk syurga. dan niat kita terhenti disitu. jangan! setelah kita nikmati hidup yang serba lengkap ni, melihat kejadian alam yang sangat dahsyat, tak teringinkah kita untuk bertemu dengan penciptaNya, pencipta kita makhluk ni? jadi, ubah niat, ubah goal kita, jangan jadikan syurga itu sebagai destinasi terakhir, tapi jadikanlah syurga itu sebagai satu tempat untuk kita berjumpa dengan yang Maha Berkuasa. semoga dorongan tuh akan menguatkan hati kita untuk menjadi lebih baik dan ke arah yang diredhainya.

so back to the main point, untuk kekal istiqamah, kekal bersemangat untuk berjumpa dengan Allah, yang penting hati dan diri sendiri tuh perlu dibentuk dulu :) ada beberapa tips yang sisters share kan, antaranya :

  • rajin2 lah baca tafsir. mungkin pernah sekali kita khatam Al-Quran tapi tidak membacanya terjemahannya, dan masih belum terlambat untuk semua tuh. dalam Al Quran tuh ada terlalu banyak ayat2 yang baik, dan mungkin beberapa potong ayat mampu dijadikan pegangan untuk kita di suatu waktu atau situasi tertentu.
  • banyakkan membuat amalan sunat. puasa sunat, baca Al Quran setelah waktu solat, bersedekah dan macam-macam lagi
  • setelah kita hadiri tarbiyah, atau usrah, ambil masa untuk revise balik apa input yang kita dapat. try to digest it, and cuba kaitkan dengan kehidupan kita sendiri agar merasa perkara tuh lebih dekat dengan kita :)
  • selain novel2 cinta, maybe kita boleh mula untuk baca banyak buku2 agama :)

sebagai seorang muslim, tarbiyah zatiyah ni kita kena sentiasa cuba untuk mantapkan, sebab bila tarbiyah diri sendiri kita mantap, insya Allah ia akan mampu untuk menzahirkan apa yang kita percaya dengan agama yang kita pegang. mcm saya sendiri, saya selalu kagum dengan orang yang sangat terjaga pakaiannya, tutur kata, amalannya, selalu kagum dengan mereka yang mampu menolak tepi fashion dan segalanya dan berpakaian mengikut tuntutan syarak dengan sebaiknya, dan memang melalui pengamatan saya, semua ni mereka mampu lakukan kerana kepercayaan diri mereka yang sangat mantap.

jom sama2 kita cuba, bak kata org putih, its better late than never, dan bak kata org melayu, sehari selembar benang, lama2 menjadi kain. pelan2, tapi kita cuba istiqamah. saya dan kita semua :)

thats all, sorry if maybe ade yang kenal diri ni, and rasa mcm tak layak untuk saya berkata2 tentang perkara ni, saya cuma nak share something yang terkesan pada saya. mungkin menda ni pun ade yang pernah dengar dari orang lain, tapi x salah kan saya nak share, untuk peringatan lagi :) kata sahabat saya, perkara baik ni, jangan kita remehkan walaupun dah berpuluh kali kita dengar. mungkin kali pertama x terkesan, kali kedua pintu hati kita diketuk, dan seterusnya ia mulai terbuka? :)

hidayah itu milik Allah, berdoalah dengan hati yang yakin bahawa satu hari nanti kita memperoleh hidayah untuk menjadi individu muslim yang sebaiknya, insya Allah :)

i end the post with two videos about tarbiyah, worth watching.




bestkan? bersemangat dengar video ni :)
and one more down here. penah tgk film ketika cinta bertasbih?
nih ade puisinya :)




salam jumaat. take care. assalamualaikum ~

Thursday, 10 January 2013

paranoid yang memakan diri

assalamualaikum :)

lamanyaaa tak berceloteh kat blog ni, sampai ade org kata blog mcm dah mati. hee. bukanlah, just selalu tak mampu nak habiskan post bila dah tulis, halfway then masuk draft ataupun rasa mengarut, delete je. teehee.

and now, while having my cup of coffee, tiba-tiba rasa nak menulis. about a thing that bothers me alot. is unsure, sebab umur yang dah semakin meningkat, atau kerana peer pressure, atau kerana perkara ni merupakan fitrah semulajadi seorang manusia yang ade perasaan. ecehh.

what is the thing that i am paranoid at?

some ticklings regardless its a big one or just a tiny piece at my heart. sebarang perasaan bahagia atau rasa suka.

but let me state it clearly here, i have nobody to blame for my paranoia here, because im completely aware it is all come from myself, its either i cant overcome some sort of emotions or get rid of anything that cause me to have this kind of feelings.

just like those who is fear of heights or what we called as acrophobia, contoh terdekat is my father, when we went to acropolis kat turkey hari tuh, he tried his best to overcome that feelings where sometimes senang nak membuatkan dia marah bila org kacau die while he is trying to overcome that phobia. eh mcm berbelit je ayat. tapi faham kan?

when we are in a state yang we are fighting with our own feelings, then come any other outer source yang try to meddle up dengan apa yang kita tengah go thru, without kita sedar, kita akan act dengan very harsh and worse come to worst, sampai kita buat sesuatu yang kite regret.

for my case, everybody knows, at my age, semua orang dah sibuk getting engaged, getting married. all these things yang involve feelings, not just yours but your partner. asal pegi mana2, orang tanya "eh bila nak kawen? dah tua dah" asal bukak facebook, "ehhhhhhhhhh, tunang dah diaaaaa? wahhhh alhamdulillah, kawennnn dah dia ni haaaaaa" and paling x best kalo bukak depan mak, ada soalan tambahan "haaa, kawan kakak dah, kakak bila lagi?"

.......

bukan tak mahu, tapi takut. siapa xnak. yes, past histories memang ade, nobody salah, memang yang salah tuh diri sendiri. just like people selalu kata, u have to build urself again and try. u never know until u try. jodoh tak datang bergolek mcm tuh je, kena usaha. betul betul, tak salah. tapi this fear? susah sangat nak handle :(

i dun like myself yang sekarang, sket2 nak mrh especially when any opposite gender try to talk about feelings atau just being concern tanya have i recovered ke belum. tak pasal2 marah org. lepas tuh regret. plus umur yang bak kata orang dah memang umur kahwin, i do have the urge rasa nak plan2 for future, and what not, nak pakai macam mana, macam mana majlis with this one figure yang im sure dah to spend my life with.

but how kalau paranoid ni masih ada? how how?

i know, mesti ade yang kata, im such a negative minded punya person, tak redha dengan apa yang terjadi. not to blame them too, itu views dorg kan. but be in my shoes, me myself taknak pun ade feelings ni, tak best, payah. x syok pun. but luckily, during these hard times, Allah is always there with me. at least He still guides me, taklah sampai nak memberontak buat menda bukan2, hanyut sket2 dengan perasaan, nnt die tarik balik tali tu ke arah dia. thank you Allah.

kenapa entah nak cakap pasal menda ni. cos dilemma. taktau nak explain mcm mana, and i always found myself better to explain in my writings. i bet some people out there pun ada mslh yang sama, may we can get over this thing quickly. perasaan takut2 tuh makan diri. seriously.

to Allah, i surrender my feelings, and to Him saya mengadu segala keluh kesah yang x penah berhenti menghantui ni. i pray to be surrounded always with all those positive vibes about this matter. ive been giving those excuses as "nak bercinta lepas kahwin" without sedar sebenarnya im very afraid of that, what if we cant suit each other nnt lepas tu. talking to my mum, she said, best thing is, pray to Allah, if betul dia orang tuh yang dah ditulis di Luh Mahfuz untuk you, insya Allah slowly ull get that chemistry. kehidupan selepas kahwin dengan percintaan sebelum kahwin tu jauh bezanya, menda tuh umi asyik ulang thousand times. and remember, hidup tuh bukan setakat sampai kawin semua dah selesai, lepas kahwin lagi banyak menda kena berdoa.

jaga diri, jaga hubungan tuh sebaiknya sampai waktu yang dah betul2 halal untuk segalanya, insya Allah, Allah akan pelihara sebaiknya. tuh kata seorang kawan. tak semuanya yang selalu kita suka tuh, yang tuh yang terbaik untuk kita. thats the privileges yang kita semua ada as a muslim, bila kita ada masalah, ada pilihan yang perlu kita buat, tadah tangan, istikharah, semua tuh kita semua sedia maklum kan :)

susah nak pujuk hati, tapi semuanya tak mustahil kalau kita serahkan segalanya kepada Pemilik Segala Hati kan kan? slowly, slowly.  i dont what this paranoid to last long, it hurts me alot. selalu menumpang happy dengar cerita kawan2 yang dah bahagia, tipulah tak rasa nak ada bahagia kat diri sendiri. but mendoakan kebahagiaan orang lain tuh perlu, takesalah siapa pun orang tuh, mana tau nnt tempias dapat sket kebahagiaan tuh kat kita.

dear lifetime partner, if awak dah jumpa saya, tapi saya masih berhati batu, saya harap awak sabar menunggu. dan andai kata awak masih sesat untuk jumpa saya, tapelah pegi jalan2 dulu, sebab saya masih hati batu, semoga suatu saat awak dah jumpa pintu saya tuh, hati saya dah lembut, dah terbuka untuk bagi ruang untuk awak bertamu :)

jiwang eh? eh sekali sekala. kehkehkeh (>.<)




have faith liyana. have faith people :)


sorry if this thing annoys anyone. take care and assalamualaikum ~