Monday, 4 February 2013

berbirat di hati

assalamualaikum :)

taknak berbahasa basi seperti selalu. dari petang tadi hingga malam dinihari di saat saya update ni, ada suatu perasaan yang bersarang tebal dalam hati. tebal sangat dan kadang2 perasaan tuh menimbulkan panas di pipi dan meransang kelenjar air mata.

kenapa?

kerana saya malu..jujur ikhlas dari hati. dari tadi asyik memujuk hati.

kenapa malu?

alhamdulillah, tadi pagi ade sharing dengan kawan-kawan. daurah. berbeza dengan usrah biasa yang selalu saya dan rakan serumah lain attend, kali ni dijemput muwajjih yang bukan duduk sekali dengan kami. tapi mereka yang pernah kami kenal dulu. jadi tadi mcm ade seolah2 jejak kasih disitu. lama tak jumpa. alhamdulillah, daurah yang pertemukan kami lagi.

tajuk yang sangat bagus, syahadatul haq. apa tuh? insya Allah nanti saya akan cuba share, kalau ada yang berminat nak tahu, saya juga terasa ade tanggungjawab untuk sampaikan perkara ni. insya Allah nanti ye :)

tapi mengapa malu tuh? bukan malu sebab pegi usrah, sebab antara muwajjih yang datang tadi, merupakan seorang yang saya kenal rapat. sama2 teman sepermainan sama2 sekolah agama dulu. sebelum ni bukan x pernah berjumpa dalam majlis2 lain, almaklumlah sama2 belajar di jakarta, selalunya akan berjumpa di embassy.

tapi..

tapi ni lain, bila sama2 ada dalam daurah, dan dia menyampaikan bahan, cuba memberi dakwah kepada kami2 ni. segannya dari mana? sebab dia sudah sebegitu. molek sangat luarannya, apatah lagi ilmunya. elok berpisah setelah daurah selesai, sehingga kini sy masih terfikir2. sama2 sepermainan dulu, tapi alhamdulillah dia dah berubah. dia dah jumpa tujuan hidupnya yang diyakini dan sekarang alhamdulillah masih teguh dijalan yang dipilihnya. dan alhamdulillah, sekarang cuba berdakwah pada saya dan teman lain. hebat.

sehingga tergerak hati ni, langsung bertanya, macam mana boleh jadi seperti ini? hati dicakar rasa ingin tahu. dia bilang, bukan mudah, susah. banyak jatuh bangunnya. dan dia mengingatkan manusia ni imannya ada naik dan jatuh, tapi berpeganglah pada sesuatu, lakukan sesuatu kerana Allah, insya Allah segalanya akan dipermudahkan.

subhanallah. tahu tak ape yang lebih mengusik hati? bila dia dan muwajjih bersama cakap di akhir pertemuan, "semoga istiqamah". sebak.

ya Allah, berikanlah hidayah itu juga kepadaku. tuntunlah hati ini dan dekatkan aku denganMu, jadikanlah aku seperti rakanku itu. dan semoga dia juga terus istiqamah dijalanMu.

dan semoga kita semua dibukakan hati kecil kita ini, lebih dekat kepada pencipta. yang pasti itu mati, yang lain itu mungkin. janganlah sehingga kau terlalu mengejar segala kemungkinan itu, sehingga kau jadi samar2 dengan apa yang pasti. cukupkah bekalan kita untuk menghadapi yang pasti?



ya Allah, pilihlah kami untuk dibimbing ke jalanMu dan semoga kami dapat melaksanakan syahadatul haq sesuai perintahMu. amin.

take care, assalamualaikum :)

2 comments:

Alang said...

let me guess.........^_^

Anonymous said...

as salam
wy did u stop writing?
i hope u were fine n will continue updating this soon..
its such a very long silence..