Thursday, 21 November 2013

ahmad ammar : kematian yang menghidupkan

innalillahiwainnailaihirajiun. al fatihah buat saudara ammar, semoga rohnya tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

have u read about his story? the viral video that is widely spread in the facebook currently entitled [ahmad ammar dalam kenangan : 1993 - 2013]. kalau ada masa terluang, jemputlah tengok. insya Allah banyak ibrah (pengajaran) yang boleh diambil dari situ.

hebatnya ahmad ammar. dia bukanlah seorang sahabat saya yang saya kenal secara personal pun, cuma tahu pun tentang dirinya melalui penulisan2 yang dibuat tentang dirinya setelah dia meninggal. tapi kematian dia membuka mata, membuka hati.

dalam kecewa dan meluat melihat video-video 'cheapskate', cam comel jerrrrrr, video couple itulah ini lah, kisah villa nabila ape lah, tiba-tiba video ni menjadi bualan ramai. mula2 tgk video, "wow, 24minit punya video". ada jugak terdetik rasa malas, tapi mungkin Allah gerakkan hati jugak untuk melihat dan alhamdulillah selama 24minit tu, mcm2 perasaan ada.

gembira. subhanallah, masih ada sosok pemuda yang bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti kemanusiaan, membantu sini sana.

sedih. mengetahui dia pemuda yang hebat itu sudah tiada lagi di dunia.

kagum. lihatlah kematiannya ditangisi oleh ramai orang. bahkan rakyat turki berebut-berebut memegang keranda beliau sebelum beliau dikebumikan.

malu. dia yang jauh lebih muda, dah banyak yang dilakukan sehingga dia berpeluang untuk dimakamkan bersebelahan dan berdekatan dengan makam abu ayub al ansari. aku? what have i done for the ummah?

*tunduk*

tahu siapa abu ayub al ansari? sahabat rasulullah yang antara paling lama jangka hayat hidupnya. mengikuti almost semua perperangan jihad sewaktu Islam sedang cuba meluaskan jajahannya sehingga menguasai 2/3 dunia. zaman di mana sultan muhammad al fateh di saat dia mampu menawan bumi constantinople, beliau mencari makam abu ayub ini. kerana abu ayub minta untuk dikafankan di tembok supaya beliau dapat mendengar derapan tapak kaki kuda tentera yang dipimpin oleh raja yang hebat untuk menawan suatu kawasan yang diriwayatkan oleh Rasulullah. dan dia adalah sultan Al Fateh. dan kawasan yang dimaksudkan itulah tembok di kawasan bumi constantinople atau kita kenal sebagai Istanbul sekarang.

masya Allah. hebatnya ahmad ammar, mampu dimakamkan bersama dengan orang hebat. yang semangat juangnya insya Allah sama seperti sahabat2 nabi yang agung itu.

terima kasih wahai saudara seislam. kematianmu ditangisi ramai manusia. semoga rohmu tenang di sana. semoga kematianmu membuka mata lebih ramai manusia. dan semoga semangatnya mendorong serba sedikit hati ini untuk berjuang menegakkan agama Allah.

lastly, a question for us to ponder as a caliph di bumi Allah ni, what have we done for the ummah? are we just wanna be the ignorant ones? or maybe sekadar orang yang tumpang gembira dan berbangga bila suatu saat Islam dah bangkit? atau nak menjadi orang yang sama-sama bersusah payah menegakkan hak Allah di muka bumi ini?

manusia itu istimewa, jauh lebih istimewa dari makhluk Allah yang lain, lebih istimewa dari para malaikat yang senantiasa bertasbih kepada Allah. kerana apa? kerana manusia diberi peluang untuk memilih. dan pilihan itulah yang menentukan darjat kita di sisi Allah di hari akhir kelak :)

"dan janganlah sekali-sekali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.."
(Al Imran : 169)



nota kaki : muka arwah ammar dalam video itu sebelum dia dikafankan sepenuhnya tu kadang-kadang bermain dalam fikiran ni..

No comments: