Wednesday, 13 November 2013

dancing in the rain


"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan bersedih hati, 
sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu beriman"
(3 : 139)

ada penanda buku banyak2, semua ada petikan ayat Al-Quran di setiap satunya. dan kami sama-sama membelek, mencari yang mana yang kami suka untuk diambil satu buat koleksi.

kawan belek, jumpa potongan ayat ni, "yana, ayat ni sesuai untuk ko. amiklah yang ni simpan.."

aku senyum. memang dah perasan dah ayat tuh tadi and mcm dah suka jgk, tapi takpe nak belek lain dulu.

another kawan lagi belek, "na, ayat ni sesuai na. simpanlah amik ni. mcm kena sangat dengan kau.."

potongan ayat yang sama.

3 orang yang berbeza, mempunyai rasa yang sama untuk sepotong ayat ini. maka yang itu aku ambil, buat peringatan diri.

mungkin dugaan ku jelas di mata mereka. dan alhamdulillah ada kawan-kawan sekeliling yang prihatin. seberat mata mereka memandang, seberat telinga mereka yang mendengar, percayalah, hati ini lebih jauh berat memikul.

ayat-ayat Allah ni lah yang memujuk hati, memberi ketenangan bila semua rasa membungkam dalam. 

Allah cakap liyana, "kamu paling tinggi derajatnya, JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN"

orang beriman x berputus asa. orang beriman x mengeluh. orang beriman tau ujian Allah itu tanda sayang. 

sesesak mana dada, mungkin melawan keinginan dalam hati, tapi pujuklah hati, tak semua menda yang kita mahu tu sentiasa yang terbaik untuk kita, yang penting usaha, kedepannya Allah pasti aturkan yang terbaik..

peringatan untuk diri sendiri, dan mungkin bagi mereka yang sama ada rasa konflik dalam diri.

semoga Allah redha :)

No comments: